Ibu Kota Bolivia Haramkan Ratu Cantik Kanak-Kanak, Remaja


LA PAZ - Pertandingan ratu cantik remaja dan kanak-kanak diharamkan di ibu kota Bolivia, selepas menyaksikan ratu cantik belia dikenakan tindakan sama berhubung kebimbangan mengenai imej seksual golongan itu.

Penyokong undang-undang itu, yang turut mengharamkan iklan memaparkan kanak-kanak menunjukkan aksi atau isyarat seksual, bertujuan menangani keganasan terhad mereka berpunca daripada seksual melampau.

"Kami tidak mahu gadis muda berterusan menjadi mangsa seksual atau digunakan sebagai objek menjual produk fesyen tertentu," kata jurucakap perbandaran, Pedro Susz baru-baru ini.

Undang-undang itu, yang cuma berkuat kuasa di La Paz, bertujuan menghalang kanak-kanak 'digunakan sebagai salinan kepada orang dewasa' dan dipaksa terbabit dalam aktiviti yang tidak selari dengan usia mereka, kata Susz.

Katanya, hukuman melanggar peraturan termasuk latihan bengkel kerja mandatori mengenai isu sekitar seksual melampau pramatang dan keganasan terhadap wanita.

Menurut perangkaan rasmi, purata 16 kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa beberapa jenis keganasan seksual setiap hari di Bolivia, manakala pada 2017, 87 pembunuhan kanak-kanak direkodkan. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com