Ibu `Ajar’ Anak Perlekeh Kawan Pakai Baju Murah


SEORANG ibu yang kecewa dengan keangkuhan anak lelakinya, mempunyai cara tersendiri untuk `mengajar’ remaja berkenaan. Cierra Forney dari Georgia, Amerika Syarikat kesal kerana anaknya telah memperlekehkan kawan-kawan sekolahnya kerana memakai baju murah dan terpakai.

Jadi bagi mengajar anaknya supaya tidak angkuh, dia telah diberikan 20 dolar dan perlu membeli baju untuk dipakai ke sekolah.

Apa jua baju yang boleh dibeli dengan harga tersebut, maka itulah baju yang akan dipakai anaknya dalam tempoh seminggu.

“Dia tidak gembira dan menangis tetapi saya percaya dalam masa 15 tahun lagi, dia akan melihat kembali peristiwa ini dan ketawa.

“Saya tidak bertolak ansur dengan perkara ini (menghina rakan),” kata Forney yang menulis dalam Facebooknya.

Tindakan Forney itu mendapat pujian ramai dan entrinya itu telah menerima 500,000 maklum balas yang positif daripada orang ramai.

Menurut Forney, dia berbuat demikian kerana mahu mengajar anaknya bahawa wang bukan segala-galanya.

“Jika dia memperlekehkan orang kerana mereka membeli barang di tempat (terpakai) maka di situlah anda akan membelinya,” kata Forney dengan tegas. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com