Hotel-Hotel Ternama Dunia Di Langkawi Bukti Keyakinan Pelabur Terhadap Kerajaan BN


Ritz-Carlton Langkawi, salah sebuah hotel ternama dunia  yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak hari ini merupakan keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi negara ini.

Ia juga menggambarkan bahawa keyakinan pelabur sektor perhotelan bahawa pulau bebas cukai itu akan menarik lebih ramai pelancong domestik dan asing untuk berbelanja di masa depan.

Hanya kerajaan yang stabil dan kukuh mampu menarik pelabur asing ke pulau  berkenaan.

Ritz-Carlton Langkawi yang menelan kos RM350 juta bukan sahaja memberikan pekerjaan baharu kepada lebih 200 penduduk tempatan tetapi juga menjana ekonomi setempat serta mengekalkan reputasi pulau itu sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia.

Sebelum ini sudah ada hotel ternama St Regis Langkawi yang bertaraf enam bintang.

Najib yang sebelum itu berucap pada program bersama rakyat Langkawi berkata, usaha memperkasakan kesejahteraan rakyat memerlukan perkembangan ekonomi yang baik bagi memastikan hasil yang diperoleh negara dapat terus melonjakkan kesejahteraan mereka.

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri berkata kerajaan perlu memberi penekanan terhadap aspek pemerkasaan rakyat dan usaha memakmurkan ekonomi negara ini kerana ia saling berhubung kait antara satu sama lain.

"Memacu ekonomi negara bererti bahawa memperoleh hasil dan dana, bila hasil dan dana bertambah, kita boleh mengagihkan kepada rakyat, barulah boleh kita masuk bab bagaimana kita boleh melonjakkan lagi kesejahteraan rakyat, " kata Najib.

Negara mendapat pengiktirafan dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat yang menyenaraikan Malaysia sebagai negara terbaik untuk pelaburan menerusi kajiannya tahun lalu.

“Kita mempunyai perancangan ekonomi yang besar, yang mana kita sudah laksanakan… kita mencari lebih banyak pelaburan untuk dibawa ke sini,” kata Perdana Menteri.

Sementara itu kata Perdana Menteri manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan baru-baru ini bersifat realitistik dengan tidak menjanjikan perkara yang boleh memudaratkan ekonomi negara.

BN menjanjikan peningkatkan ekonomi agar pendapatan  yang diperolehi dapat dikongsi bersama oleh rakyat melalui pemberian pelbagai bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Kita buat BR1M kerana nak tolong semua rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik,,,. semua dapat, yang sokong BN dapat, tak sokong pun dapat, " kata Najib. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com