Hospital Pendang Dijanji Zaman Mahathir, Tapi Najib Juga Yang Laksanakan


Cadangan untuk membina sebuah hospital di Pendang sebenarnya dijanjikan sejak zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Pendang pada 2002.

Perdana Menteri ketika itu boleh menyegerakan projek hospital berkenaan seperti mana beliau mempercepat projek-projek lain termasuk di Langkawi kerana Dr. Mahathir mempunyai kuasa penuh  sebelum berundur pada 2003.

Sekalipun terpaksa menunggu selama dua dekad berlaku, Datuk Seri Najib Razak juga melangsaikan janji yang telah dibuat pada zaman Dr. Mahathir itu.

Namun bagi penduduk daerah itu, penantian lama untuk melihat projek berkenaan menjadi kenyataan yang 'berbaloi; kerana hospital yang akan dibina Mei ini lebih besar dan canggih berbanding perancangan.

Hospital Pendang bakal mempunyai 210 katil bertaraf hospital pakar minor itu adalah jauh lebih baik berbanding cadangan asal iaitu sebuah hospital dengan 36 katil sahaja sebelum ini.

Menelan belanja RM210 juta, hopspital moden itu yang terletak  berdekatan Kampung Manggol Pauhdijangka siap pada November 2021.

Namun tanpa hospital itu pun penduduk Pendang masih boleh mendapatkan rawatan di Hospital Alor Setar yang mengambil masa perjalanan 30 minit melalui jalan yang lebih baik termasuk menggunakan lebuh raya.

Najib berkata, kesabaran warga Pendang menanti hospital itu berpatutan kerana kemudahan yang disediakan sebagai  hospital pakar minor yang mempunyai 10 perkhidmatan kepakaran termasuk pembedahan,ortopedik, obstetrik dan ginekologi, pediatrik serta anestesiologi.

“Saya terlibat dalam rundingan dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya bahawa saya tidak akan datang dengan tangan kosong kerana saya tahu orang Pendang nak hospital baharu, " kata Najib pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pelancaran Projek Hospital Pendang di Tapak Pekan Sabtu pekan Pendang semalam.

Pembinaan hospital itu pernah dibentang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan semula pada 2006.

Hospital Pendang antara enam hospital baharu yang akan dibina selain di Kemaman, Bentong, Pasir Gudang, Maran dan Baling.

Bagaimanapun bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pemimpin pembangkang mendakwa kerajaan menipu rakyat kerana Hospital Pendang tidak dimasukkan dalam Bajet 2018.

Sebenarnya, kerajaan telah umumkan pembinaan Hospital Pendang dalam RMK 11 dan kemudiannya dalam Bajet 2016.

Pihak pembangkang perlu tahu, pembinaan hospital bukan seperti membina 'pondok untuk main masak-masak'.

Walaupun peruntukan sudah diluluskan, ia memerlukan pelbagai kajian dan kerja lain seperti pengambil alihan tanah, rekabentuk dan tender.

Hospital Pendang juga antara keutamaan dalam RMK 11 yang hanya tamat pada 2020. Projek hospital ini bukan

Selain menunaikan janji membina hospital Pendang, pentadbiran Najib juga akan melaksanakan projek zon  ekonomi bebas Bukit Kayu Hitam di Kubang Pasu.

Projek itu bakal mengubah lanskap ekonomi Kedah bagi  menggantikan Kota Perdana yang dijanji dan dirancang oleh Dr. Mahathir.

Projek Kota Perdana itu hanya 'janji kosong' Dr. Mahathir kepada penduduk walaupun beliau seorang Perdana Menteri dan ahli Parlimen Kubang Pasu selama lebih 22 tahun.-Kedahnews.com.


JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir











No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com