Hilang Akal Agaknya! Ibu Ini Beri Anak Makan Berudu Hidup


BEIJING - CHINA. Tindakan seorang ibu memberi anaknya makan semangkuk berudu hidup mengundang pelbagai reaksi.

Klip video terbabit turut dikongsi secara meluas di platform media sosial di China yang mana majoriti pengguna menyelar perbuatan wanita tersebut.

Menurut The Paper, video itu dimuat naik pada 1 April lalu.

"Lihat 'ikan kecil' itu!" kata salah seorang ahli keluarga terbabit.

Ia bagaimanapun tidak jelas sama ada budak tersebut memakan ketujuh-tujuh berudu hidup itu.

Wanita itu menjelaskan dia mengikut resipi perubatan tradisional yang mendakwa memakan berudu boleh memberi 'kesihatan yang baik' selain boleh menyembuhkan sista dan menyahtoksik tubuh.    

Sementara itu, pakar bedah kanak-kanak, Dr Pei mendakwa kanak-kanak lelaki itu berisiko diserang sparganosis atau jangkitan cacing pita jarang berlaku yang berpunca daripada makanan tidak dimasak. 

Sumber - Daily Mail

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com