Hati-Hati...DAP Guna Logo PKR, Perguna Mahathir Untuk Abui Mata Rakyat


Walaupun digugurkan sebagai calon DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun Ahli Parlimen Kepong,  Dr. Tan Seng Giaw tetap berasa kecewa dengan keputusan DAP mengetepikan logo sendiri dan ‘mengubahnya’ kepada logo PKR.

Bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara  (PAC) itu  juga hairan kerana DAP tidak menggunakan 'roket' sebagai simbol parti sendiri, sebaliknya bersetuju menggunakan  simbol PKR  'dalam sekelip mata' sahaja.

Beliau turut memersoalkan bagaimana hendak mentadbir negara jika simbol yang menjadi perkara terpenting parti pun boleh diubah dengan sekelip mata?”

Apakah muslihat  DAP yang sebenar hingga 'berubah warna' dalam masa yang singkat? 

Seng Giaw juga tidak pasti apakah logo roket akan digunakan lagi selepas PRU ini atau dihapuskan selama-lamanya..

Sementara Ahli Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Seri Ti Lian Ker pula mengingatkan orang Melayu berwaspada kerana DAP juga menggunakan strategi  pemimpin PAP di Singapura, Lee Kuan Yew yang membuatkan orang Melayu bergaduh sesama sendiri.

Pengundi Melayu dinasihatkan tidak terpengaruh dengan agenda DAP yang kini menggunakan kaum itu semata-mata untuk mendapatkan kuasa di peringkat Pusat.

DAP kini bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun suatu ketika dahulu parti itu membenci kedua dua pemimpin berkenaan itu berkenaan yang dituduh  rasuah dan mengamalkan pemerintahan kuku besi.

Pemimpin DAP khususnya Lim Kit Siang juga sebelum ini langsung tidak mempedulikan undi orang Melayu kerana dasar perkauman yang diamalkan parti berkenaan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com