Hasrat Mahathir Naikkan Mukhriz Sebagai PM Semakin Sukar?


Hasrat Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menaikkan anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri dilihat semakin sukar dan  gelap.

Ini berikutan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kembali 'menjadi teraju' pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Jawatan Perdana Menteri yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan untuk Mahathir hanya 'mainan politik ' DAP dan PKR untuk menarik sokongan Malayu bagi menjatuhkan Barisan Nasional.

Namun sebagai bekas Perdana Menteri, pemimpin berusia 93 itu merasakan cukup gembira dengan pencalonannya sebagai Perdana Menteri  ke-7 walaupun pakatan pembangkang tidak mungkin dapat menawan Putrajaya.

Tiada siapa menduga orang yang dulu kata PKR tak boleh bertahan sehingga enam bulan kini 'diberi penghormatan' menggunakan logo parti tersebut untuk bertanding pilihanraya ini.

Itu adalah antara ucapan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa majlis pelancaran jentera pilihanraya PKR Selangor semalam.

Ucapan Azmin itu merupakan seolah sindiran pedas buat  Dr. Mahathir yang bercita-cita tinggi untuk mengambil kedudukan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Anwar. 

Azmin pada peringkat awal adalah antara pemimpin PKR yang tidak dapat menerima Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ke -7. 

Menteri  Besar Selangor itu juga pernah menawarkan kerusi Parlimen Gombak untuk ditandingi oleh Dr. Mahathir bagi mempastikan ' bapa angkatnya' itu terguling lebih awal pada PRU14.



"Suatu ketika dulu, tiada siapa yang boleh yakin bahawa parti ini boleh 'survive'. Ada yang meramalkan PKR hidup enam bulan sahaja, tetapi sekarang sudah 20 tahun.

"Orang yang menyatakan (hal) itu Insya-allah akan gunakan logo PKR pada PRU14," kata Azmi dipercayai merujuk Dr Mahathir selepas parti yang diasaskannya, PPBM dibubarkan sebulan akibat melanggar akta pertubuhan (RoS).  

PPBM, DAP dan PAN akan menggunakan logo PKR dalam pilihanraya umum ke 14 sebagai strategi untuk menarik undi Melayu dan Cina sekaligus.

Ini bermakna Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan menandatangani watikah calon termasuk untuk Mahathir sendiri.

Menggunakan logo PKR juga memberikan kekuatan kepada Azmin untuk bertahan sebagai Menteri Besar jika sekiranya Pakatan tersebut masih menang di Selangor.

DAP juga boleh menerima logo PKR  kerana diterima oleh orang Melayu walaupun di dalam PKR terdapat ramai 'pemimpin Cina yang berwajah DAP.'

Walaupun ramai penyokong DAP dikatan kecewa 'roket' tidak akan lagi muncul pada kertas undi kali ini selepas 60 tahun, ia tidak menjejaskan DAP kerana ia merupakan 'lakonan' semata.

PPBM dan Parti Amahan Negara (PAN) nanti juga terpaksa menerima hakikat  bahawa kedua parti itu akan 'tenggelam' bersama PKR pada PRU14. -- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com