Harus Pemakaian Inai Bagi Wanita


SHAH ALAM - Pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita, sama ada telah berkahwin atau belum selagi ia tidak menimbulkan fitnah.

Pendakwah, Datuk Hassan Mahmood berkata, Islam meraikan kecenderungan wanita yang suka perhiasan dan dandanan tetapi dalam batas-batas syariat.

“Bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja.

“Berkenaan dengan warna digunakan juga tidak bersifat kekal dan tidak menghalang air daripada terkena kulit. Begitu juga  bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur meragukan,” katanya kepada Sinar Harian, pada Isnin.

Ditanya adakah ukiran di belakang tangan dan kaki dibenarkan untuk diukir corak menggunakan inai, beliau berkata, ia dibenarkan tetapi lukisan tersebut tidak boleh memperlekeh Islam, bertentangan dengan syarak.

“Lukisan ini sama seperti gambar pada baju yang kita pakai seharian dan ia tidak boleh bertentangan dengan syarak,” katanya.

Mengenai pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki bagi lelaki, beliau berkata, ia tidak diharuskan kecuali bagi tujuan perubatan.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com