Hanya Undi Penyokong PAS Jadi Harapan Mahfuz Di Pokok Sena?


ALOR SETAR - Meskipun telah 'murtad' dan keluar dari parti bulan purnama, Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mahfuz Omar dilihat masih lagi 'bermimpi' dan mengekori bayang-bayang penyokong PAS.

Perkara ini jelas terbukti apabila beliau dilihat masih meraih simpati penyokong PAS untuk mengundinya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) meskipun secara nyata beliau tidak lagi bersama parti bulan purnama itu.

Mahfuz ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon Pakatan Harapan Kedah di Alor Setar, semalam, beliau mendedahkan kepada ahli PAS kononnya ada pemimpin mereka yang menerima wang dari UMNO.

Tidak cukup dengan tuduhan tanpa bukti itu, Mahfuz turut memfitnah PAS menjadi pengacau undi pada PRU demi menjayakan hasrat UMNO.

“PAS umum tanding 160 tapi sasar 40 kerusi. Apa tujuan PAS cuma nak menang 40 kerusi sahaja.

“Kenapa nak sasar kalah 120 kerusi. Ini tidak lain adalah untuk jayakan hasrat UMNO bahawa PAS berperanan kacau undi,” katanya.

Selain itu, Mahfuz kononnya khuatir dan bimbang kemungkinan ada pengundi yang akan keliru dan menyangka beliau masih bersama dengan PAS. - Kedahnews.com


#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com