Hadi 'Pelik' Mahathir 'Tak Tahu' Nak Daftar PPBM....


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut 'berkongi kehairanan' bagaimana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad menghadapi masalah sehingga Pakatan Harapan tidak dapat didaftarkan walaupun  parti berlambang bunga itu diasaskan lebih setahun lalu.

Abdul Hadi kemudian mengimbau di zaman pemerintahan Mahathir di mana parti baharu mudah diluluskan seperti   perdaftaran parti Berjasa yang ditubhkan untuk menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan.

Secara sinis Abdul Hadi mempersoalkan adalah bekas Perdana Menteri 22 tahun itu 'tidak tahu' untuk mendaftarkan parti yang dikepalainya.

Presiden PAS itu merujuk kepada pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), baru baru ini kerana melaggar akta pertubuhan.

“Takkan lama dah jadi Perdana Menteri tak tahu nak daftar. Kena ikut syarat-syarat dia lah. Kalau tak kena syarat, bagaimana RoS nak lulus, " kata Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang seperti mana dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini.

Abdul Hadi kemudian membuat kiasan:  “Macam orang nak pergi daftar kelulusan lori untuk angkut barang di JPJ, lori baru tapi letak tayar tak ada bunga...” ujar beliau.

Abdul Hadi juga memenceritakan pada masa Dr. Mahathir hendak   jatuhkan Kerajaan PAS Kelantan, parti Berjasa berapa minggu saja diluluskan.

Bagaimanapun Abdul Hadi bersyukur kerana Berjasa kini menyertai Gagasan Sejahtera yang diterajui PAS bersama beberapa lagi parti - Parti Cinta Malaysia, Parti Ikatan dan Parti Generasi Baru.

Abdul Hadi berkata demikian berucap pada program Majlis Amanat Pilihan Raya PAS Teraju Pahang di Padang Awam Cenderawasih, malam tadi.

RoS mengeluarkan perintah pembubaran sementara PPBM selama 30 hari ini untuk memeri masa parti itu melengkapkan butiran yang diperlukan atau berdepan pembubaran.

Perintah itu dikeluarkan mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966.

PPBM tidak dibenarkan menggunakan nama, logo dan melaksanakan aktiviti berkaitan parti dalam tempoh pembubaran sementara itu.

Oleh kerana PPBM tidak dapat diftarkan kerana masalah yang dihadapi PPBM,  pakatan pembangkang yang diketuai DAP itu terpaksa menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) parti yang diasaskan oleh Datuk Anwar Ibrahim yang menjadi penggerak reformasi untuk menjatuhkan Dr. Mahathir pada 1998.

Kini Dr. Mahathir pula terpaksa 'tunduk' kepada Anwar yang disingkirkan dahulu dan guna logo PKR untuk mencari kemenangan dan menjadi Perdana Menteri buat kali kedua dalam usia 93 tahun. - Kedahnews.com 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com