Habuan Besar Dikejar DAP Guna Logo PKR


KUALA LUMPUR - Proses penamaan calon semalam memperlihatkan DAP buat pertama kalinya dalam se-jarah pilihan raya menyisihkan simbol roket milik parti berkenaan dan menggunakan logo PKR.

Walaupun sebelum ini kepemimpinan tertinggi DAP meluahkan rasa sedih kerana terpaksa mengorbankan logo itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), hakikatnya parti itu bakal mendapat habuan yang lebih besar berbanding rakan sekutu mereka dalam gabungan pembangkang PKR.

Mengulas mengenai perkara ini, pensyarah Komunikasi Media dan Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid berkata, penggunaan logo PKR adalah taktik licik DAP semata-mata un-tuk menarik pengundi Melayu memberi undi kepada mereka.

“Umum mengetahui pengundi Melayu sukar memberi sokongan kepada DAP kerana aspirasi yang dibawa parti tersebut. Penggunaan logo PKR dalam pilihan raya kali ini membolehkan DAP mengaburi mata pengundi untuk memberi sokongan kepada mereka.

“Jika melihat kepada keputusan pilihan raya yang lepas, DAP mungkin berpeluang meningkatkan undi di kawasan majoriti Melayu dengan menggunakan logo PKR selain berselindung di sebalik gabungan pembangkang PKR,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Syed Arabi, pemimpin DAP bertindak licik menggunakan sentimen emosi dengan meluahkan rasa sedih ketika pengorbanan logo roket dilakukan sebelum ini.

Katanya, lakonan itu bertujuan untuk memastikan penyokong akar umbi DAP kekal setia bersama parti tersebut walaupun tidak lagi menggunakan logo mereka dalam pilihan raya kali ini.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com