Habis 30 Buah Kereta Kena Pancit Gara-Gara Berebut Janda?


CUBA bayangkan ketika anda dalam keadaan kelam kabut bersiap untuk ke tempat kerja, tapi bila keluar je dari rumah terus nampak tayar kereta kempis. Bukan sebab lupa nak pam, tapi kena sabotaj!

Semalam, seorang pengguna Facebook memuat naik beberapa gambar kereta yang keempat-empat tayarnya telah dipancitkan dengan sengaja di kediaman rumahnya iaitu dekat Desa Sri Tanjung Apartment, Puchong, Selangor.


Menurut lelaki yang dikenali sebagai Remy Ismail itu, sebanyak 30 buah kenderaan lain turut telah menjadi mangsa dipancitkan tayarnya tetapi tidak diketahui oleh siapa dan apakah motif sebenar.

Bagaimanapun, menurut caption yang ditulisnya, motif sebenar ialah disebabkan kes berebut janda.

Tetapi jika diikutkan logik tidak mungkin disebabkan seorang wanita, sehingga 30 buah kereta jadi ‘mangsa’?


Namun menurut komen balasnya kepada beberapa orang teman di Facebook, difahamkan bahawa kes itu masih lagi berada dalam siasatan pihak berkuasa kerana ia telah melibatkan banyak kenderaan lain.




Apa yang mencuit hati ialah apabila salah seorang pengguna Facebbok telah bergurau dengan mengatakan ‘suspek’ yang melakukan perkara itu berkemungkinan merupakan isteri kepada penduduk di situ kerana khuatir suami mereka akan tergoda dengan ‘janda’ yang diperkatakan itu.

Bagaimanapun, walau apa sebab pun, tidak perlu sehingga menyusahkan orang lain dengan cara kotor bergitu.

Jika ia merupakan angkara individu yang sengaja mahu mengaut untung, sudah tentu rezeki mereka tidak halal kerana sudah mendatangkan kerugian dan menyusahkan pemilik kenderaan tersebut. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com