Guru Paksa Murid Tonton Video Lucah


JAWA TIMUR – INDONESIA. Seorang guru sekolah rendah di daerah Glagah, Banyuwangi didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral apabila memaksa muridnya menonton klip video lucah.

Guru berusia 57 tahun itu melakukan perbuatan tersebut setiap kali mengendalikan subjek Pendidikan Jasmani.

“Pada awalnya, kami ditunjukkan video lawak jenaka. Tapi tidak lama selepas itu, kami ditunjukkan pula video adegan orang dewasa telanjang,” kata salah seorang murid.

Difahamkan, ini bukan kali pertama guru terbabit melakukan perbuatan berkenaan.

“Maklumat yang kami terima, guru itu sering menyasarkan murid tahun satu dan tahun empat di sekolah tempatnya mengajar.

“Tidak kira pelajar lelaki mahupun perempuan, kesemua mereka dipaksa menonton video lucah,” kata polis. 

Sumber – DetikNews

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com