Guan Eng Mengaku DAP Guna Mahathir Untuk Jatuhkan Kerajaan BN Pada PRU14


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kini baharu mengakui telah menggunakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai alat untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14).

DAP terpaksa menerima bekas Perdana Menteri berusia 93 tahun itu  walaupun pernah menjadi 'musuh' ketatnya dahulu  bagi me­ngukuhkan gabungan pembangkang yang disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Part Amanah Negara (PAN). 

Ini setelah DAP bersama parti sekutunya telah dua kali gagal menjatuhkan kerajaan pada PRU tahun 2008 dan 2013.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, peranan Dr. Mahathir diperlukan walaupun sukar untuk mereka membuat keputusan.

“Kita buat keputusan sukar, seperti terpaksa memilih satu logo dalam PRU14, itu bukan keputusan mudah. Kita juga kena pilih seorang calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Sebab itu kita pilih Dr. Mahathir dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana hanya kekuatan mereka sahaja, kita boleh lawan BN," katanya yang dipetik daripaa Berita Harian semalam.

Guan Eng menyatakan perkara itu pada ceramah anjuran DAP di Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang kelmarin.

Dalam masa yang sama, Dr. Mahathir sanggup memaafkan 'kesalahan' DAP terhadapnya sementara DAP pula sedia melupakan kisah lampau termasuk 'menyumbat' pemimpin DAP ke dalam tahanan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sementara itu tindakan DAP meletakan calon Melayu dilihat untuk memecahkan undi di kawasan campuran pengundi Cina dan Melayu. 

Bagi Bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman, beliau melihat ura-ura DAP untuk meletakkan Dr. Abdul Aziz Bari sebagai calun DUN di Perak juga sebagai alat parti itu pada PRU14 ini.

Katanya, tindakan dikatakan satu taktik parti itu bagi mempastikan jawatan Menteri Besar diambil daripada kalangan  anggota  DAP jika parti itu menang banyak kerusi DUN.

Pada PRU 2008, DAP mempergunakan ADUN PAS sebagai Menteri Besar, namun kerajaan campuran pakatan di Perak itu tumbang separuh jalan apabila berlaku kes 'lompat parti.'- Kedahnews.com. 



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com