GST: Sekarang Siapa Yang Sebar Dakyah Palsu?


Ketika masih menjadi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan lantang telah meminta rakyat supaya jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang bahawa cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan membebankan rakyat.

Sebaliknya kata beliau GST akan memperkukuhkan ekonomi dan dari jangka panjang, kerajaan dapat urus negara dengan berkesan.

Kenyataan itu dibuat ketika mempertahankan pelaksanaan sistem percukaian tersebut yang dilaksanakan mulai 1 April 2015.

Kini, selepas menyertai pembangkang, Muhyiddin yang merupakan presiden PPBM sanggup turun ke jalanan untuk menyertai demo anti GST di depan SOGO, semalam. Malangnya demo itu tidak mendapat sambutan dan dihadiri kira-kira 50 orang sahaja.


Nampaknya selepas berkongsi pentas dengan pembangkang, nada Muhyiddin juga sudah berubah. Dulu ketika dengan UMNO, beliau sanggup mempertahankan GST tetapi kini selepas menyertai Pakatan Harapan, beliau pula mengutuk GST.

Inilah pemimpin cakap tak serupa bikin. Tindak tanduk beliau menunjukkan Muhyiddin tidak mempunyai pendirian. Beliau kini sudah tidak lagi faham akan GST, jauh berbeza ketika berada dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dulu beliaulah sendiri yang cakap bahawa sistem ini sudah dilaksanakan di 160 negara dan GST merupakan sistem terbaik bagi mengganti cukai jualan dan perkhidmaan (SST).

Dulu siapa yang cakap pembangkang putar belitkan GST dengan menyatakan bahawa kononnya rakyat akan terbeban dengan harga barang yang tinggi?.

Dulu Muhyiddin sendiri yang cakap bahawa pembangkang bukan pakar dan tidak tahu banyak barang telah dikecualikan oleh GST. Nampaknya sejak menyertai Pakatan Harapan, Muhyiddin sudah dihinggap penyakit terlupa.

Jika dulu Muhyiddin kata pembangkang suka sebar dakyah palsu, maka eloklah kita ikut cakap Muhyiddin. Bila Muhyiddin sertai pembangkang, maka kalau ikut kata-kata beliau itu, maka beliaulah yang sebar dakyah palsu tersebut.

Muhyiddin tak boleh nafikan, kerana banyak bukti ada. Banyak ucapan beliau mempertahankan GST boleh diperolehi dalam YouTube.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com