Gold Coast 2018: Mazlan Anggap Malaysia Gagal


BEKAS Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad, menganggap kempen Malaysia dalam Sukan Komanwel Gold Coast gagal di sebalik meraih tujuh pingat emas dalam temasya itu yang berakhir malam tadi.

Sasaran utama Malaysia adalah untuk menempatkan diri dalam kelompok 10 negara terbaik dalam kalangan negara bertanding dan memperbaiki pencapaian ketika di Glasgow empat tahun lalu.

Di sebalik mampu meraih tujuh emas, Malaysia sekadar menghuni tangga ke-12, menyamai kedudukan di Glasgow, tambahan diselubungi kegagalan beberapa nama besar sukan negara.

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan sama ada Malaysia di landasan tepat untuk meraih kedudukan terbaik dalam Sukan Asia Indonesia meskipun mendapat bantuan Program Podium.

"Mahu dikatakan tentang sasaran, mereka dapat menepatinya dengan tujuh emas. Tetapi ia bukan satu perkara yang dapat dibanggakan," kata Mazlan.

Antara saranan Mazlan untuk penambahbaikan kontinjen negara bagi menghadapi Sukan Asia adalah kerjasama di antara pihak Podium dan MSN berhubung pengurusan atlet.

"Bagi saya, bawa semula ke MSN. Kita ada orang tempatan yang boleh menangani perkara seperti ini.

"Pakar yang kita tiada, kita boleh import. Kalau untuk menguruskan projek seperti ini, saya rasa kita ada pengalaman," katanya lagi.

Sumber:Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com