Gerakan Kedah Mahu Rampas DUN Derga Dan Sidam


ALOR SETAR - Parti Gerakan Kedah menyatakan keyakinan serta melihat peluang cerah untuk memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga dan Sidam pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang bakal tiba pada 9 Mei nanti.

Pengerusinya, Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata, respon yang ditunjukkan masyarakat akar umbi terutamanya masyarakat Cina di kerusi DUN yang dijajah pihak pembangkang menyaksikan mereka mahukan perubahan lebih baik di kawasan berkenaan selepas ini.

"Peluang memang cerah kita boleh cakap, ia berlainan sikit, kita tengok reaksi daripada rakyat pun berubah dan kita tengok depa cakap dalam bahasa Cina, ubah ini dan dalam satu maksud yang lain dalam sebutan Cina, kita sebut ubah daripada satu penipuan," katanya memetik Bernama.

Jelasnya lagi, hingga tiba satu ketika wakil rakyat pembangkang menyuruh rakyat mencari Dr Cheah atau UMNO sekiranya dihinpit sebarang masalah dan perkara itu disebarkan melalui Facebook.

Beliau katanya kepada pemberita selepas ceramah bertajuk 'Menolak Pakatan Hipokrasi' di Padang Awam Taman Derga Jaya di sini malam semalam. Turut sama berceramah adalah Ketua Penerangan UMNO negeri Datuk Othman Abdul.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong sebelum ini dilaporkan menyebut parti itu mencadangkan Cheah dan anggota Jawatankuasa Gerakan Kedah Tan Kok Seong sebagai calon untuk bertanding masing-masing di kerusi DUN Derga dan Sidam pada PRU14.

Kerusi DUN Derga kini disandang oleh DAP manakala kerusi  DUN Sidam disandang PKR.

Difahamkan Cheah, wakil rakyat pembangkang dilihat tidak dapat menyelesaikan setiap masalah yang menghantui penduduk setempat walaupun mereka turun padang melawat kawasan masing-masing tetapi akhirnya rungutan rakyat itu perlu diselesaikan BN.

"Kadang-kadang kita juga tengok ada agensi kerajaan mengadakan aktiviti, mereka datang dengan jip mereka, pakai lambang mereka, nampak di sana macam (seolah-olah) dia (wakil rakyat pembangkang) yang kendalikan aktiviti itu, macam gotong-royong," katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com