Generasi Muda Kena Tahu Kenapa Pemuda BN Lancar Manifesto Khusus


ALOR SETAR – Generasi Y dan seterusnya harus bersyukur kerana Pemuda Barisan Nasional (BN) memilih untuk melancarkan manifesto khusus sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Tahukan kenapa ianya 'khusus kepada golongan muda sahaja'? Ini bagi menzahirkan komitmen BN agar terus dan menyalurkan khidmat bakti kepada golongan itu bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, membentangkan manifesto kepada pengundi.
sudah menjadi kebiasaan bagi semua yang akan bertanding pada pilihan raya.

Justeru itu, video “Jaminan Orang Muda” yang mula tersebar di media sosial sejak semalam, mendapat pelbagai riaksi dari golongan muda yang tertanya-tanya mengapa hanya sekarang BN ingin membuat jaminan dan bukannya lima tahun sebelum ini.

“Jawapan saya. Kami sudah buat sebanyak mungkin yang kami terdaya untuk orang muda Malaysia. Isu pekerjaan, isu latihan TVET (Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional), insentif PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) ​​​​​, isu pemilikan rumah… semua ini telah kami desak dan dilaksanakan kerajaan.

"Tidak salah rasanya jika kami ingin memperbaharui khidmat bakti ini untuk lima tahun akan datang,” katanya memetik Bernama.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap melancarkan manifesto Pemuda BN “Jaminan Orang Muda” di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, di Kuala Lumpur, malam semalam.

Pemuda BN mempertaruhkan lapan jaminan antaranya membabitkan peluang pekerjaan dan latihan; meningkatkan pendapatan dan kemahiran; memperkasa ekonomi belia luar bandar; memudahkan usahawan muda mendapat bantuan; meringankan beban keluarga muda; menyediakan kehidupan berkualiti; memastikan peluang untuk segenap segmen dan mengangkat idea generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Sebagai Ketua Pemuda UMNO, Khairy mempertahankan hujahnya dan menafikan kononnya BN hanya menabur janji sewaktu pilihan raya.

Tuduhan itu diibaratkan sebagai cetek dan dangkal kerana komponen tersebut sebenarnya memperbaharui visi dan perancangan untuk masa depan orang muda.

“Walaupun banyak yang telah kami lakukan, saya tahu orang muda Malaysia inginkan lebih lagi. Saya faham orang muda Malaysia perlu lebih lagi….sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya faham apa cabaran yang anda lalui sebagai orang muda.

"Kalau saya berdiri di sini, dan kata kita sudah buat segalanya, kita tidak perlu buat apa-apa lagi, saya bukan menteri yang baik,” katanya.

Sebagau seorang pemimpin yang dekat di hati orang muda, Khairy berjanji akan memastikan anak muda mengisi peluang pekerjaan yang ditawarkan BN dalam manifesto utamanya (induk) sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Peluang pekerjaan di dalam projek-projek mega seperti Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) dan Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) juga dijamin akan diisi anak muda tempatan.

Khairy turut memberi jaminan dalam majlis yang dihadiri ribuan anak muda yang memenuhi segenap pelusuk dewan itu, bahawa BN juga akan menyelesaikan masalah gaji dan pendapatan orang muda yang disifatkan tidak berubah walaupun sudah lama bekerja khususnya di sektor swasta melalui rundingan paras gaji di sektor berkenaan.

Turut menarik perhatian, Khairy mengumumkan bantuan kepada pasangan muda yang ingin mendirikan rumahtangga dengan mekanisme sama ada bantuan terus atau kemudahan lain yang akan diperhalusi kemudian.

Selain itu katanya, bagi mengangkat suara generasi TN50, orang muda terpilih akan dibawa ke jemaah menteri setiap bulan untuk menyampaikan idea terbaik dan popular.

“Saya bukan di sini untuk sembang kosong menjanjikan anda bulan dan bintang. Janji madu beracun yang tidak mungkin dapat dilaksanakan tetapi apa yang telah kami bentangkan pada hari ini, adalah jaminan yang boleh kami laksanakan.

Jaminan yang telah disemak kira dan saya telah berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib (Tun Razak) dengan perancangan , costing (perbelanjaan) di mana beliau sebut pada saya ‘ yes ok boleh’ ,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh menggamatkan dewan.

#jomBN

#DahulukanRakyat

#BersamaBN

#HebatkanNegaraku

- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com