Gelombang Biru Sudah 'Tawan' Kedah Menjelang PRU14


Belum pun tarikh penamaan calon, 'gelombang biru' Barisan Nasional (BN) telah 'menawan' negeri Kedah khususnya di beberapa kawasan Parlimen termasuk Parlimen Alor Setar.

Tempat yang strategik seperti persimpangan jalan dan jambatan menjadi pilihan pekerja parti untuk memacak 'bendera dacing' selain kain pemidang BN.

Perang memasang bendera itu telah pun bermula seminggu lalu selepas tarikh PRU14 ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SRR).

Sementara itu PAS yang tidak lagi bersama gabungan parti pembangkang turut bersaingan dengan BN untuk memasang bendera berlambangkan 'bulan penuh' di kawasan yang yang menjadi laluan umum termasuk berhampiran masjid.

Pemasangan bendera itu adalah strategi awal BN dan PAS untuk menarik sokongan pengundi menjelang tarikah pembuanga undi pada 9 Mei ini.

Perang memsanga bendera dan poster itu dijangka lebih 'sengit' selepas tarikh penamaan calon 28 Apri ini.

Bagaimanapun setakat ini Pakatan Harapan belum bersedia memasang bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) milik bersama PKR, DAP, PAN dan (PPBM), malah belum kelihatan lagi di bandar ini.

Apakah belum ada kerjasama antara empat parti itu di kawsasn Palimen walaupun kesemua parti pembangkang itu telah bersepakat untuk menggunakan logo PKR.

Pada PUR 13 lalu, PAS yang turut bersama Pakatan Rakyat (PR) turut membantu parti-parti itu menaikkan bendera dan poster parti sekutunya.

Selain itu nampak janggal juga pada pilihan raya kali ini kerana tiada lagi poster atau kibaran bendera 'roket' milik DAP di pusat bandar-bandar terutama di kawasan perumahan masyarakat Cina.  - Keadhnews.com

,

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com