Gaji RM5,000 Baru 'Lulus' Kahwin - Kajian


SATU kaji selidik yang dibuat oleh aplikasi pencari jodoh, SweetRing, mendedahkan pendapatan seseorang lelaki menjadi salah satu faktor penting bagi wanita yang mencari jodoh.

Hasil kajian yang didedahkan oleh portal China Press itu menunjukkan pendapatan paling stabil untuk dipertimbangkan wanita di negara ini sebagai calon suami ialah sekitar RM5,000.

Kajian dilakukan dalam kalangan 500 orang wanita bujang di negara ini, dengan 70 peratus daripada mereka berpendapat pendapatan sebanyak RM5,000 dikira stabil dan mampu menanggung keluarga.

Baki 30 peratus wanita pula yakin lelaki berpendapatan RM3,000 ke atas adalah cukup stabil untuk menjadi ketua keluarga.

Sebahagian daripada 30 peratus itu pula mendedahkan mereka tidak akan berkahwin jika gagal bertemu dengan lelaki dengan pendapatan tersebut.

Bagi golongan lelaki pula, mereka berpendapat gaji sekitar RM3,000 - RM5,000 akan memberi ketenangan fikiran dan memudahkan mereka menguruskan keluarga.

SweetRing merupakan antara aplikasi pencari jodoh yang kerap menjadi pilihan dengan lebih 7 juta pengguna di seluruh dunia.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com