Gadis Muntah Hingga Mati Ketika Ritual Penyembuhan Kerana Dipaksa Minum Sesuatu


BANGKOK – Seorang gadis (18) di Thailand meninggal selepas menjalani upacara penyembuhan.

Polis di Kaeng Khro Chaiyaphum sedang mencari tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam upacara yang mengharuskan gadis itu minum dari mangkuk besar yang dikatakan air suci.

Ketiga lelaki itu dikenali sebagai sami. Punca kematian tersebut masih menajadi misteri Kerana pelakunya melarikan diri dan tidak meninggalkan “air suci”.

Gadis itu meninggal dunia pada hari Ahad dan mayat perempuan itu sedang dalam pembakaran mayat

Semasa ritual gadis itu itu muntah dan mengalami kejutan kemudian dikejarkan ke Hospital Krang Khro.

Oleh kerana alat-alat yang semakin kritikal dan tidak canggih, beliau kemudian dirujuk ke Hospital Chaiyaphum tetapi malangnya dia tidak dapat diselamatkan.

Menurut doktor punca kematian gadis itu akibat kehilangan oksigen di otak. Keluarga itu tidak dapat menerimanya dan melaporkan kepada polis

Ayah mangsa, Khan Cherjorhor (48), menyesal telah memilih salah seorang bhikkhu supaya anaknya meninggal dunia.

Mereka adalah pendatang yang mengatakan anak perempuan mereka dikutuk dan mesti dirawat dengan upacara.

Khan berkata  anak perempuannya baik-baik saja dan tidak ada gejala sebelum upacara itu.

Pegawai kesihatan Chaiyaphum, Passakon Chaiyaset, tidak dapat mengenal pasti kerana tidak ada sampel air tersebut.

Kini ia bergantung kepada siasatan polis untuk mendedahkan kes itu. Passakon memberi amaran kepada rakyat untuk tidak melakukan ritual yang aneh.

Terutama makan dan minum sesuatu yang tidak tahu asalnya.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com