Gadis Kesal Dieksploitasi Jadi Poster Kempen Politik


MENJELANG Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan bulan hadapan, pelbagai parti politik mula menggunakan poster kreatif bagi menarik perhatian pengundi memilih mereka.

Namun, poster seorang gadis Melayu dan diterbitkan salah sebuah parti pembangkang yang cuba meraih undi itu bukan sahaja tular di media sosial malah mencetuskan kontroversi pula.

Ia susulan, gambar wanita tersebut sebenarnya disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab apabila cuba mengaitkannya dengan aktiviti kempen sebuah parti politik tempatan.

Difahamkan poster terbabit berjaya disebarkan menerusi laman sosial oleh pihak pembangkang yang dipercayai sengaja mempergunakannya demi kepentingan agenda politik tertentu.

Bagaimanapun pemilik foto itu yang hanya mahu dikenali sebagai Aidaazira telah tampil secara terbuka apabila menjelaskan perkara sebenar melalui akaun sosial Twitter miliknya seemalam.




Jelasnya, dia mengaku amat terkejut susulan penyebaran gambar itu selain menegaskan terkilan dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang eksploitasi gambarnya untuk kempen siasah.

Gadis terbabit difahamkan turut menggesa pihak yang tidak bertanggungjawab itu agar segera tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada dirinya yang aib ekoran poster tersebut.

“Last, kalau boleh aku nak orang yang edit curi gambar aku kat Instagram ini sendiri untuk minta maaf dekat aku,” luah Aidaazira lagi dengan nada yang agak kesal menerusi kicauan itu.

Kes unik ini ternyata menarik perhatian netizen, apatah lagi ia berlaku sehari sahaja selepas Akta Antiberita Tidak Benar diwartakan secara rasmi bagi mengekang penularan maklumat jahat pihak tertentu.

Justeru, parti politik yang bertanding seharusnya lebih berhemah dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan gambar mana-mana individu untuk tujuan kempen siasah mereka. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com