Fitnah Dr. Fadi Pakar Buat Bom, Wanita Dikecam Hebat


Tindakan seorang wanita yang memuatnaik tulisan di twitter dengan memburukkan Imam dan pensyarah warga Palestin yang ditembak mati di Setapak, Sabtu lepas, Dr. Fadi Mohammed al-Batash, 35, dengan mengaitkannya  seolah-olah beliau adalah pakar membuat bom, telah dikecam ramai.


Wanita itu, menggambarkan seolah-olah ada agenda tertentu terutama dalam kesibukan pilihan raya umum ini..

Tindakannya itu telah mengundang kemarahan ramai, terutama pelajar Dr. Fadi sendiri.

Tidak kurang pula yang mahu polis menyiasat wanita berkenaan kerana membuat fitnah terhadap imam berkenaan.

Inilah sebabnya kenapa Akta Anti-berita Tidak Benar dilaksanakan. Ia bagi membolehkan tindakan diambil terhadap mereka yang menyebarkan dan memuatnaik fitnah sedemikian rupa.


Berfikirlah dulu sebelum membuat sebarang tuduhan kepada orang lain. Seolah-olah Imam berkenaan mempunyai misi menjelang PRU ini.

Dr. Fadi ditemukan mati akibat ditembak berkali-kali oleh dua suspek yang menaiki motorsikal berkuasa tinggi di hadapan kondominium Idaman Puteri, Jalan Meranti, Setapak.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala hasil bedah siasat di Hospital Selayang mendapati sebanyak 14 butir peluru ditemukan pada badan dan kepala mangsa.

Berikutan itu polis melancarkan operasi besar-besaran bagi memburu dua suspek.

#Imamfadi
#TsunamiPHitnah
#Fakenews

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com