Fakta Tentang Masjid Al-Bukhary Di Alor Setar


Masjid Al-Bukhary merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman dengan jarak kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar. Masjid ini dibina sepenuhnya oleh Yayasan Al-Bukhary. 


Majlis pecah tanah telah dilakukan pada 15 Januari 1999 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembinaan bermula pada Mac 2000. Perasmian masjid ini disempunakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 22 November 2001 bersamaan 6 Ramadhan 1422H. 


Masjid ini ditadbir oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Bukhary seramai 13 orang yang terdiri dari gabungan tiga pihak iaitu pihak Yayasan Al-Bukhary, Jawatankuasa Kariah Alor Malai dan Pegawai Masjid. 


Masjid ini mempunyai keluasan 4.96 ekar dan dilengkapi dengan kemudahan berikut : 

-Ruang solat yang dapat menampung seramai 15,000 orang dalam satu satu masa. 
-8 buah bilik pengajian. 
-5 bilik wuduk lelaki dan wanita. 
-Bilik pengurusan jenazah. 
-Bilik imam. 
-Bilik mesyuarat. 
-Pejabat pengurusan. 
-Kemudahan untuk orang yang kurang upaya seperti tandas khas dan dua unit lif. 


Masjid Al-Bukhary ini mempunyai senibina yang sangat menarik dan unik. Antara senibina yang terdapat di Masjid Al-Bukhary ini adalah : 

Mihrab : Mihrab merupakan salah satu ciri utama sesebuah masjid. Senibina mihrab masjid ini dirujuk kepada senibina zaman silam yang terdapat di Khanaqah (Makam) Sheikh Abdul Samad yang dibina di Natanz Iran dalam tahun 1306 (706H) dizaman IL-Khanid. 

Menara : Rekabentuk menara berdasarkan senibina menara Masjid Nabawi di Madinah dengan ketinggian 47.92 meter dari paras tanah. 

Mimbar : Senibina mimbarnya diambil daripada replika mimbar yang terdapat di Masjid Qiblatain Madinah dan Mimbar Mamluk di Masjid Qaitbay, Kaherah Mesir. Mimbar ini diperbuat daripada kayu jenis Burma Teak. 

Kubah : Masjid ini mempunyai 7 buah kubah termasuk kubah utama. Kubah utama terletak ditengah-tengah ruang solat utama dengan saiz 14 meter garis pusat. Sekeliling luar kubah ini dihiasi dengan ayat suci Al Quran dari surah Alhadid ayat 1-8. Manakala dalamnya pula dihiasi dengan kalimah Asma Ulhusna. 


Dataran : Senibina dataran khususnya kolam dan laluan air yang berbentuk geometri adalah berdasarkan senibina yang terdapat pada Makam Imam Al-Bukhary di Samarkhand, Uzbekistan. Masjid Al-Bukhary juga merupakan sebuah masjid yang tercantik di Malaysia. Power idea dan kemampuan orang kita ni sebenarnya. 

Sumber: orangkedah.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com