Dulu Mahfuz Kata BR1M Dedak Tapi Sekarang Buat Modal Raih Undi Pula


ALOR SETAR - Dasar muka tidak tahu malu! Datuk Mahfuz Omar yang menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bertanding atas tiket PKR bagi kerusi Parlimen Pokok Sena kini tidak ubah seperti menjilat ludah sendiri.

Ini susulan daripada tindakan bekas ahli PAS itu yang sering kali bahkan mengaku menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai modal kempen bagi meraih perhatian pengundi ketika berceramah di Taman Derga Jaya, di sini semalam.

Terdahulu, BR1M kerap kali meniti di bibir pemimpin gabungan pembangkang PKR termasuk Mahfuz yang disebut sebagai dedak, rasuah, haram dan sebagainya.

Tetapi kini tidak mengejutkan apabila BR1M yang dahulunya dihina serta dicaci kini telah berubah dan menjadi sebagai salah satu perkara yang akan dikekalkan oleh gabungan tersebut jika mereka menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Kita akan hapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan bagi BR1M kepada rakyat.

"Tidak seperti sekarang, GST mereka sapu kemudian baru bagi BR1M, kita tak buat macam itu jadi kena sokong kita," katanya dipetik Utusan.

Menjadi persoalan, apakah golongan ini tidak mempunyai pendirian yang tetap dan hanya mampu menyedok inisiatif yang diilhamkan Barisan Nasional (BN) sahaja? Dahulunya dihina tetapi sekarang dicanang-canang bagi meraih undi pula. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com