"Dulu Ambil Isi, Sekarang Kuah Pun Mahu Dikautnya..."


Keputusan muktamad Tun Dr. Mahathir  Mohamad bertanding  Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 tidaklah mengejutkan.

Dr. Mahathir percaya penduduk Langkawi akan menyokongnya walaupun parlimen itu merupakan kubu UMNO sejak lama.

Jika beliau menang adalah baik baginya, tetapi bagaimana pul jika beliau tewas? 

Dr. Mahathir sebenarnya yakin penduduk pulau pelancongan terkenal itu akan membalas jasanya kerana membangunkan Langkawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.

Namun pembangunan Langkawi itu berlaku semasa beliau didokong oleh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.

Siapa juga yang menjadi Perdana Menteri pada waktu itu tentunya akan memikirkan perkara yang sama, iaitu menukar wajah Langkawi sebagai destinasi pelancongan yang popular.  

Oleh itu  penyokong pakatan pembangkang tidak boleh mendakwa hanya Dr. Mahathir secara individu sahaja yang boleh melakukannya. Lagipun ialah melibatkan peruntukan yang besar kerajaan dan pengorbanan penduduk pulau itu merelakan tanah mereka diambil dengan harga yang ditetapkan..

Dalam pada itu Dr. Mahathir tidaklah wajar pula mendakwa pembangunan yang dilaksanakan di zaman pentadbiran Datuk Najib Razak, seperti Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) membazir dan menuduh kerajaan 'menggadai' kedauatan negara kepada pelabur  China.

Sedangkan  projek itu adalah pelaburan yang bermanfaat bagi penduduk Pantai Timur kerana bakal mengubah ekonomi dan kehidupan  mereka dalam jangka masa panjang yang tidak dilihat potensinya oleh Dr. Mahathir pada masa dulu.

Selepas Dr. Mahathir bersara, Najib pula  memberi tumpuan kepada keperluan penduduk Langkawi di samping terus membawa pelaburan ke pulau itu.


Sementara itu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man melihat keputusan Dr. Mahathir bertanding di Langkawi dalam usianya yang lanjut mempunyai 'muslihat' tertentu.  

Pertama kata Azlan ia tidak tidak lebih hanyalah untuk membolehkan Dr. Mahathir  terus mengekalkan kuasa dan kekayaan keluarganya.

"Hasrat calon Perdana Menteri sementara gabungan pembangkang PKR itu sudah diduga dan bukanlah merupakan satu kejutan, " katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia semalam.

“Dahulu beliau (Dr. Mahathir) dah ambil isi sekarang kuah (Dewan Undangan Negeri Kuah) pun hendak diambil. Saya tidak tahu apa lagi yang tinggal,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kakitangan awam negeri di Dewan Warisan di  Kangar  semalam.

Menteri Besar Perlis itu  turut mempersoalkan kredibiliti dan keupayaan Dr. Mahathir untuk mentadbir sebuah negara berdasarkan faktor usia dan tahap kesihatan beliau yang semakin menurun sekarang ini. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com