Dua Tahun Lebih Jadi MB, Baru Sekarang Mukhriz Janji Nak Selesai Isu Air Dalam 100 Hari


Dua tahun lebih Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah.

Dalam tempoh itu beliau tidak mampu menyelesaikan masalah bekalan air yang sering terputus.

Namun beliau berjanji untuk menyesaikan masalah air di negeri ini dalam tempoh 100 hari jika Pakatan Harapan berjaya menawan Kedah pada pilihan raya umum 9 Mei depan.

Itu adalah antara tawaran yang terkandung dalam manisfesto Pakatan Harapan negeri Kedah yang dilancarkan oleh Mukhriz selaku pengerusi pakatan pembangkang negeri ini di Bukit Jenun, Pendang kelamrin.

Mukhriz boleh berjanji kepada  berbagai perkara kepada penduduk Kedah apabila berada di dalam kem pembangkang.

Namun apabila kerajaan Persekutuan memperuntukan belanja yang besar untuk meningkatkan bekalan air terawat beliau menyifatkannya sebagai dedak dan janji kosong.

Begitu juga bapanya Tun Dr. Mahathir Mohamad, turut mempertikaikan  peruntukan yang telah diluluskan untuk pembangunan bagi negeri Kedah.

Mempertikaikan peruntukan itu, mereka seolah-olah mahu rakyat Kedah terus menghadapi masalah bekalan air seperti mana yang berlaku di negeri Selangor.

Rakyat mungkin akan tertarik dengan janji-janji yang dibuat gabungan pembangkang PKR itu namun pada masa sama,  negeri Selangor juga yang diperintah oleh PKR dan DAP juga menghadapi masalah bekalan air yang lebih teruk. 

Pembangkang baharu berjanji tetapi kerajaan Barisan Nasional di negeri Kedah telah pun mengambil  langkah segera bagi mengatasi masalah itu untuk jangka pendek mahupun jangka panjang. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com