Dua Suspek Wanita Terlibat Pemalsuan Sijil Universiti Dicekup Polis


PUTRAJAYA – Dua wanita disyaki terlibat dalam dalam sindiket pengeluaran sijil pertauliahan palsu menggunakan nama beberapa kolej dan universiti swasta di negara ini dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Salah seorang daripada suspek merupakan seorang pengarah syarikat manakala seorang lagi warga negara asing.

Masing-masing berusia 27 tahun.

Sumber SPRM memberitahu, kedua-duanya ditahan malam tadi lebih kurang jam 9 malam di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Siasatan awal mendapati kedua-dua wanita itu memainkan peranan penting dalam mencetak dan membekalkan sijil-sijil palsu selepas mendapat tempahan daripada pembeli.

“Pasukan penyiasat kini dalam proses untuk mengenalpasti suspek-suspek lain yang terlibat bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Kedua dua suspek direman lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009.

Perintah reman telah dikeluarkan oleh Majistret Low Wen Zhen di Putrajaya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Pihak SPRM masih sedang mengenalpasti beberapa individu bagi membantu siasatan kes ini.

“Pasukan penyiasat juga telah merampas sijil-sijil palsu yang telah dikoyakan daripada saspek-saspek tersebut,” kata beliau.

Sumber – MalaysiaGazette

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com