Dua Lelaki Ditembak Mati Di Pattani


PATTANI – Pasukan keselamatan Thailand menembak mati dua lelaki dalam satu insiden berbalas tembak di daerah Yarang, wilayah Pattani di selatan Thailand kelmarin.

Ketua Polis Daerah Yarang Kol Pasit Santiprachaya berkata salah seorang lelaki itu dikenali sebagai Abdullah Cheklee yang memiliki dua waran tangkap dikeluarkan oleh oleh Mahkamah Pattani berhubung serangan bom di hadapan Masjid Pattani pada Jun dan Julai 2016.

Menurut beliau, identiti seorang lagi lelaki yang mati ditembak itu belum dikenal pasti.

Polis mendakwa kedua-dua lelaki yang mati ditembak dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu (waktu tempatan) merupakan anggota kumpulan bersenjata.

Beliau berkata, dalam insiden berbalas tembakan selama 30 minit, tiga anggota pasukan keselamatan mengalami kecederaan manakala seorang lelaki meloloskan diri.

Pasukan keselamatan menemui dua pistol 9mm dan sebutir bom tangan disisi kedua-dua lelaki yang ditembak mati itu, kata beliau. – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com