Dua Beradik Wanita Samun Warga Emas Di Baling Sebab Nak Bayar Amanah Ikhtiar


ALOR SETAR – Pihak polis telah berjaya memberkas dua beradik yang dipercayai menyamun seorang mengasa warga emas, pada Jumaat lepas di lokasi Kampung Tanjung, Mukim Kupang di Baling.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Shariffuddin Yusuf berkata, dua suspek wanita yang terlibat  berusia 32 dan 23 tahun itu di tahan di dua lokasi berasingan di sekitar Baling pada pagi kelmarin.

Difahamkan bahawa hasil samun rantai emas itu telah dijual suspek di sebuah kedai emas di Pekan Baling dengan harga RM6,000 dan wang tersebut digunakan untuk membayar pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan bakinya dibuat belanja.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua mereka telah merancang dan bertekad menyamun warga emas berusia 81 tahun itu kerana terdesak mahu membayar pinjaman AIM ,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Kedua wanita berkenaan direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (KK) manakala warga emas itu menerima rawatan pesakit luar di Hospital Baling.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com