Dua Anak Beranak Dicabar Buktikan Kedah Jual 3 Pulau Kepada China


Ketika Tun Dr. Mohamad Mohamad yang buat pertama kali 'mengetuai pembangkang' untuk menghadapi  Barisan Nasional pada pilihan raya umum ini, berbagai dakwaan 'tidak masuk akal' keluar dari mulut beliau.

Selepas mendakwa Perdana Menteri tidak lagi 'menyembah tuhan' beliau tiba-tiba mendakwa kerajaan negeri Kedah pula telah menjual tiga pulau kepada China pada program ceramah pembangkang di Yan, dekat sini, Jumaat lalu.

Ramai yang tersentak dan tergelak dengan dakwaannya itu.

Anak beliau, Datuk Seri Mukhriz yang menjadi Menteri Besar selama dua tahun lebih ( 2013 -Februan 2016) tentu mengetahuinya jika perkara itu benar.

Dalam hal ini Dr Mahathir yang 22 tahun menjadi Perdana Meteri dan Mukhriz perlu membuktikan dakwaannya itu.


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah yang mengambil alih teraju pentadbiran negeri lebih dua tahun bagaimanapun hanya mampu tersenyum ketika diminta mengesahkan perkara itu.

Beliau bagaimanapun menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas dan bertujuan memfitnah pentadbiran Barisan Nasional negeri  Kedah.

"Tuduhan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu langsung tidak boleh diterima. Jika benar saya mahukan bukti kononnya kami (kerajaan negeri) jual tiga pulau kepada orang China. 

"Saya cabar beliau menamakan pulau berkenaan kerana di kepulauan Langkawi ada kira-kira 99 pulau dan tiada satu pun yang dijual kepada China," ujar Ahmad Bashah, memetik laporan BH Online.

Menurut Ahmad Bashah, ada kawasan yang hendak dibangunkan, jadi syarikat terbabit perlu membuat pajakan seperti yang berlaku di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) katanya kepada pemberita  merasmikan Jelajah Muafakat Kedah dan Jamuan Rakyat di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah semalam.

Apa yang rakyat tahu dan tercatat dalam sejarah ialah Pulau Pinang yang asalnya sebahagian dari negeri Kedah telah dipajak oleh British.

Walaupun kedua-dua perjanjian itu ditandatangani lebih 100 tahun ia masih dipersoalkan oleh pengkaji sejarah.

British memajak Pulau Pinang daripada kerajaan Kesultanan Kedah pada 1791 dengan bayaran sebanyak 6,000 Spanish Dollar setahun, manakala perjanjian pajakan Seberang Perai pula berlaku pada 1800 dengan bayaran 4,000 matawang sama setahun.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, Kerajaan Persekutuan meneruskan bayaran pajakan itu sebanyak RM10,000 setahun kepada Kedah. - Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com