Dr Mahathir Akan Ditentang Hebat Ir Nawani Ahmad


TEKA TEKI siapa calon yang akan mempertahankan kerusi dan sekali gus menentang Tun Dr Mahathir Mohamad di kerusi Parlimen Langkawi telah terjawab. Akhirnya Barisan Nasional (BN) Kedah telah mempertaruhkan penyandang kerusi berkenaan dalam PRU14 kali ini.

Datuk Ir Nawawi Ahmad sekali lagi diberi kepercayaan untuk mewakili BN bagi meneruskan kemenangan di kawasan parlimen tersebut oleh pucuk pimpinan parti khususnya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Pengumuman calon bagi BN Kedah dilakukan pada hari selasa 24 April 2018 di Seri Mentalon, Alor Setar oleh Ahmad Bashah.

Sebelum ini, calon mewakili BN bagi parlimen Langkawi menjadi tanda tanya dan panas apabila Pakatan Harapan yang menggunakan simbol PKR telah meletakkan Dr Mahathir sebagai calon.

Keadaan ini membuatkan BN agak berhati-hati untuk membuat keputusan siapa calon mereka, demi memastikan parlimen itu terus kekal dikuasai BN sejak dari Merdeka lagi.

Antara nama yang naik untuk mencabar Dr Mahathir adalah Dato’ Haji Mohd Rawi Haji Hamid. Beliau merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan ADUN Ayer Hangat antara nama paling disebut-sebut dan mendapat ‘feedback‘ yang baik dari kalangan penduduk setempat.

Turut dikatakan bakal bertanding kerusi parlimen untuk menentang Dr Mahathir adalah ADUN Kuah iaitu Norsaidi Haji Nanyan. Bagaimanapun, nama Norsaidi hanya timbul di awal-awal dahulu dan tidak lagi ‘kelihatan’ pada saat-saat gentir.

Ada juga yang mengatakan bahawa Nawawi bakal digugurkan dan sebagai balasan, beliau akan dilantik menjadi senator serta timbalan menteri sekiranya berlaku sedemikian.

Namun semua desas desus itu akhirnya berubah apabila Ahmad Bashah selaku Pengerusi BN Kedah mempengerusikan sebuah mesyuarat tergempar pada kira-kira jam 10 pagi, iaitu sejam sebelum pengumuman calon dilakukan – membawa keputusan untuk mengekalkan sebahagian besar penyandang di 15 kerusi Parlimen dan DUN seluruh Kedah.

Dengan perkembangan ini, rata-rata penduduk Langkawi dilihat lebih positif untuk menerima apa sahaja keputusan parti. Mereka menyambut baik pengekalan ketiga-tiga calon di tiga kawasan yang disandang mereka.

Persoalan mula timbul, adakah Dr Mahathir bakal kalah di tangan Nawawi di Langkawi? Apakah Nawawi melalui ‘tuah’ Umno dan BN akan menjadi ‘giant killer’ untuk PRU14 kali ini? Menarik untuk diikuti bersama. 

Sumber: TV14

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com