Doktor Keluarkan Cacing Dalam Mata Wanita


LUCKNOW, India –Sekumpulan doktor di sebuah hospital terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan cacing yang terperangkap di belakang kornea mata seorang wanita baru-baru ini.

Wanita berusia 42 tahun itu mendapatkan rawatan di Jabatan Oftalmologi Pesakit Luar di Universiti Perubatan King George di sini apabila berasa seolah-olah terdapat sehelai benang di dalam matanya.

Menurut wanita itu, keadaan tersebut menyebabkan dia sering mengalami sakit sekitar mata termasuk hidung sejak Julai tahun 2016.

Seorang doktor yang melakukan pemeriksaan ke atas wanita itu menemui seekor cacing sepanjang 1 sentimeter yang seperti sehelai benang putih pada bahagian korneanya.

Beberapa pakar perubatan mengesahkan itu ialah sejenis cacing yang dikenali sebagai Loa Loa yang lazimnya ditemui di Afrika Barat dan jarang sekali berlaku di negara ini.

Larva Loa Loa sering kali masuk ke dalam badan manusia melalui gigitan lalat seperti spesies lalat deer.

Sumber – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com