Derita Penyakit Gelembung Lepas Lahirkan Anak


SEORANG ibu, terpaksa menderita selepas mengalami penyakit neurofibromatosis,di mana seluruh badannya dipenuhi dengan ribuan gelembung tumor.

Ia yang berlaku selepas kelahiran anak keduanya, 15 tahun lepas. Charmaine Sahadeo, 38, kini sukar berjalan atau berdiri disebabkan terdapat tiga tumor besar di bahagian kakinya.

Dia yang berasal dari Chaguanas, Trinidad, itu juga terpaksa bercerai selepas 18 tahun akibat penyakit terbabit dan hilang kerja kerana majikan takut melihat wajahnya.

Bukan itu sahaja, orang ramai juga mengejek dan menghinanya hingga ke tahap ada yang menyuruhnya membunuh diri.

Ibu kepada dua anak berusia 19 dan 15 tahun itu berkata, neurofibromatosis yang dialaminya itu adalah yang paling serius di dunia.

Namun disebalik kesengsaraan yang dialaminya, Sahadeo masih kekal positif dan tidak pernah membiarkan pandangan orang ramai menjejaskannya.

“Selepas melahirkan anak kedua saya, ia menjadi buruk. Saya rasa saya ada beribu-ribu tumor. Dekat muka dan kepala sahaja dah ada 3,000 lebih ketumbuhan. Kulit saya pun seperti diseliputi dengan belon-belon aneh.

“Ia menyakitkan terutama di bahagian kaki, Ketika ini jika saya memicit ketumbuhan ini, sesuatu seperti ‘blackehead’ besar akan keluar.

“Adakalanya ia akan berjangkit sampaikan jari saya membengkak,’’ katanya.

Menceritakan mengenai pandangan masyarakat terhadapnya, Sahadeo berkata, dia selalu menjadi renungan ramai apabila keluar rumah hinggakan kanak-kanak takut kepadanya.

Dia juga tidak boleh bekerja kerana tiada siapa yang mahu mengupahnya mengakibatkan Sahadeo mengalami masalah kewangan.

“Saya tak boleh jalan atau berdiri kerana tumor ini berat dan menyakitkan. Mujurlah anak-anak saya menyayangi saya dan saya bangga dengan mereka Cuma ada kalanya mereka malu untuk membawa kawan-kawan ke rumah,” katanya.

Sahadeo kini merayu supaya ada pihak yang dapat membantunya walaupun dia sudah menjalani dua kali pembedahan.

Dia juga sanggup terbang ke mana-mana sahaja untuk berubat.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com