Demi Perjuangan UMNO, Pak Tam Sedia Berdepan Kawan Atau Lawan


ALOR SETAR - Dato' Aminudin Omar sedia untuk berdepan dengan sesiapa saja pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kali ini, sama ada kawan ataupun lawan, termasuk bekas Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Aminuddin yang menang bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Jitra pada PRU ke-13 yang lalu tidak gentar, sebaliknya sedia mempertahankan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama pejuang-pejuang parti itu di kawasannya.

"Pada saya, kita bersedia untuk berdepan dengan sesiapa saja.

"Siapa juga (yang akan berlawan dengan BN), kita akan berdepan. Tak kiralah sama ada kawan mahupun lawan," tegas Aminuddin, dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sekiranya dicalonkan sekali lagi bagi Dun Jitra pada PRU ke-14 ini, beliau akan berdepan dengan Mukhriz yang "lari" dari Dun Ayer Hitam dan dicalonkan untuk merebut kerusi Dun Jitra pada pilihan raya kali ini.


Pencalonan Mukhriz di Dun Jitra diumumkan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi, minggu lalu.

Dalam pada itu, Aminuddin turut menegaskan bahawa beliau bertanggungjawab membawa wadah perjuangan UMNO dan BN, serta sentiasa istiqamah bersedia untuk memperjuangkan perjuangan asal parti keramat bangsa itu.

"Pada saya, parti itu penting. Kita jelas dengan matlamat parti, ingin membangunkan negara, ingin melihat bangsa kita maju, dan ini istiqamah perjuangan dalam parti UMNO dan Barisan Nasional (BN), ini penting.

"Sama ada berdepan dengan sesiapa sahaja, itu tak penting. Kerana saya yakin, ahli-ahli parti yang diluar sana yang akan menjadi jentera parti bagi menggerakkan gerak kerja untuk memenangkan calon yang mewakili parti, itu yang penting," tegas beliau lagi.

Aminuddin sebelum ini merupakan antara pemimpin yang akrab dengan Mukhriz, namun beliau lebih setia kepada perjuangan sebenar UMNO berbanding rakannya itu yang dilihat lebih membawa kepentingan politik peribadi.


Desas-desus di dalam parti sebelum ini mendakwa Mukhriz kecewa dengan beberapa perkara yang membabitkan karier politiknya di dalam UMNO, dan mencari helah untuk melanggar disiplin parti supaya dipecat.

Selain itu, Mukhriz juga dikatakan terpaksa mengikut rentak dan kemahuan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kecewa apabila banyak permintaannya berkaitan kepentingan perniagaan "kroni"nya telah ditolak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Mahathir kemudian dikatakan "mengamuk" dan menggunakan isu 1DMB yang dipelopori Sarawak Reports milik Clare Rewcastle Brown sebagai modal menyerang Najib meskipun sumber berkenaan terbukti palsu dengan fakta rekaan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com