DAP Tidak Pernah Sedia Guna Logo Lain


PARTI utama orang Cina, DAP sangat menyedari kehendak dan sensitiviti orang Cina yang menyokongnya dan bersedia mengundinya.

Kerana pertimbangan ini, DAP menolak ketetapan untuk semua parti komponen Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Sebagai parti Cina, DAP sedar pentingnya ia “menjaga muka” supaya sentiasa dominan dan tidak tunduk kepada kehendak “orang Melayu.”

Sikap DAP sejak gabungan dengan Semangat 46, Barisan Alternatif dan kemudian Pakatan Rakyat telah membuktikan pendiriannya ini.

DAP tidak boleh diam bila isu kepentingan Melayu, kedaulatan Islam dan isu lain yang berkaitan diutarakan oleh mana-mana parti.

DAP mesti menunjukkan yang ia menolak dengan keras, ia mesti menunjukkan protes dengan garang dan membuat kenyataan panjang menyatakan pendirian tegasnya.

Selain daripada tindakan ini diharapkan oleh orang Cina, DAP juga sedar ia perlu menunjukkan kepada orang Cina yang ia tidak “dicucuk hidung” oleh orang Melayu dan sentiasa sedia bertindak sebagai penjaga kepentingan Cina.

Dulu, semasa Gerakan masih berkuasa di Pulau Pinang, DAP menjalankan kempen “Robocop” dengan menuduh ketua menteri parti Cina BN itu lemah dan terpaksa tunduk kepada kuasa politik Melayu.

Simbol Robocop digunakan untuk menunjukkan kalau DAP dapat menjadi ketua menteri, ketua menteri DAP itu nanti ialah “ketua menteri yang berkuasa.”

Cerita ditindas Melayu inilah yang diulang-ulang dan diperbesarkan DAP sejak dulu hingga tidak keterlaluan kalau dikatakan DAP telah berjaya menbentuk satu pemahaman yang rasis dalam kalangan penyokongnya.

Terbaru, usaha UMNO dan PAS untuk membawa pindaan undang-undang bagi meningkatkan kuasa mahkamah syariah juga ditentang kuat oleh DAP bersama “macainya” PAN dan sekutunya PKR.

Banyak lagi contoh boleh dibawa untuk menunjukkan sikap DAP yang tidak akan sedia berkompromi tetapi sentiasa akan memaksa pihak lain yang berkompromi.

Sikap cauvinis dan “kiasu” ini telah sedia diketahui memang menjadi pegangan DAP sejak dulu, dan makin kuat kebelakangan ini apabila memenangi Pulau Pinang dan mahu menguasai Putrajaya pula.

Jadi, tindakan mereka tidak mahu menggunakan logo selain partinya dalam PRU14 nanti tidak menghairankan langsung.

DAP sedar apa pandangan ahli dan penyokong dan orang Cina secara umumnya kalau ia bersedia meninggalkan logo sendiri dan menggunakan logo parti lain.

Malu besar ini akan seboleh-bolehnya dielakkan, kerana logo roket itu ialah identiti yang tidak boleh dikorbankan.

DAP akan terus mengabaikan syarat dan etika bekerjasama dengan pihak lain, kerana yang penting baginya ialah agenda parti.

DAP sedar ia dominan dan akan terus mendominasi PH agar mengikut kehendaknya, walaupun terpaksa juga bertarik-tali dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpengalaman dan licik.

Sejarah kerjasama politik DAP dengan parti-parti pembangkang telah membuktikan sikap DAP yang hanya menjaga kepentingannya semata-mata.

Ia sedia merosakkan kerjasama dan menarik diri sejurus sedar kepentingannya tergugat atau tidak dapat dicapai.

DAP memang tidak akan bersedia menggunakan logo parti lain dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Tidak hairanlah orang mengganggap parti-parti komponen PH ini hanya dipergunakan oleh DAP untuk tarik pengundi Melayu, dan tidak keterlaluanlah kalau dikatakan sebuah parti dalam PH ialah sebuah parti “macai” DAP.

Parti-parti komponen PH yang lain, malah Pengerusi PH Mahathir sendiri, pastinya tidak akan berani melawan ketidakpatuhan DAP pada keputusan Majlis Presiden PH ini. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com