DAP Semenanjung Tidak Guna Simbol 'Roket' PRU14


DAP mengesahkan calon-calonnya tidak akan menggunakan simbol roket parti untuk PRU14, sebaliknya menggunakan logo sama dengan calon parti komponen lain di dalam Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng berkata hanya calon DAP di Sabah dan Sarawak akan terus menggunakan logo roket kerana sayap DAP di dua negeri itu mempunyai kuasa-kuasa autonomi tertentu.

“Kita sudah membuat keputusan., Ia bukan keputusan mudah namun DAP bersetuju untuk menggunakan logo sama dengan calon-calon Pakatan yang lain, “ kata beliau.

Guan Eng enggan mengesahkan bahawa calon-calon PH termasuk DAP akan menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Semenanjung pada PRU14.

Beliau berkata keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan esok oleh pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad di Johor.

Guan Eng berkata walaupun akar umbi DAP tidak selesa dengan calon mereka menggunakan logo parti lain, ia perlu demi memastikan saingan dua penjuru menentang BN.

PH merangkumi Parti Primbumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).

Bagaimanapun Pendafar Pertubuhan (RoS) semaam  ini mengumumkan PPBM pimpinan Dr Mahathir dibubarkan sementara kerana melanggar beberapa peruntukan di bawah Akta Pertubuhan.

Sumber: Antarapos


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com