Dakwa PAS Terima Wang UMNO, Mahfuz Dicabar Lapor Kepada SPRM


Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mencabar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang dakwaannya bahawa PAS menerima sejumlah wang daripada UMNO.

 Mahfuz boleh membuat laporan kepada agensi tersebut bagi membuktikan dakwaannya itu adalah benar dan bukannya sekadar tuduhan yang mahu menjatuhkan PAS semata-mata, kata Takiyuddin.

Kalau Mahfuz merasakan dakwaannya  betul dan ada unsur-unsur rasuah, saya cabar dia buat report SPRM, bukan kita nak nafikan tetapi dia yang kena buktikan kepada kita," katanya dalam  sidang media selepas  forum 'Town Hall Mega, kerajaan teknokrat' anjuran Pemuda PAS di Hotel De Palma, Sah Alam  malam tadi..

Takiyuddin membuat cabaran kepadaMahfuz yang juga bekas Naib Presiden PAS  dan kini menyertai Parti Amanah Negara (PAN) baru-baru ini.

Menurut laporan Antarapos, Mahfuz menerusi laporan sebuah portal semalam mendakwa tiga orang pimpinan PAS Terengganu telah menerima wang daripada pemimpin UMNO tertentu.

 Dakwanya, tiga individu tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS, Ustaz Saiful Bahri Mamat, Bendahari PAS Terengganu, M. Shukrimun Shamsudin, dan Setiausaha PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid.

Katanya, wang berjumlah RM1 juta telah dimasukkan melalui akaun khas yang dinamakan Akaun Amanah pada 21 Mac 2018 lalu.

Tidak cukup dengan itu, bekas Ketua Pemuda PAS  itu juga mendakwa sejumlah RM1.5 juta telah dimasukkan ke dalam akaun Jabatan Pembangunan Pas Pusat (JPP) atau Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Menurut Mahfuz perkara itu telah disemak sendiri oleh beliau dengan pegawai di Pejabat Agung PAS, dan mereka telah mengesahkan bahawa sejumlah wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun berkenaan.
Sementara itu  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap tuduhan yang dilemparkan Mahfuz itu sebagai satu perkara yang tidak munasabah dan 'kurang cerdik'.
 Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang  menganggap tuduhan Mahfuz itu sebagai terlalu kebudak-budakan dan tidak harus dilayan.

"Kita nak letak 130 calon di seluruh negara, 130 ini PAS bertanding di kawasan Umno banyak, bukan di kawasan dia (Amanah), jadi Umno bagi duit untuk kita lawan dia, kita fikirlah secara munasabah, ini adalah hujah politik orang jual ubat, bukan hujah politik yang betul.

"Saya rasa itu kebudak-budakan yang kita rasa bodoh kalau kita layan juga. Bodoh sebab sudah ambil duit UMNO untuk lawan UMNO, cerdikkah begitu?," kata Hadi.

Sebelum ini Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Husam Musa dalam siri ceramahnya mendakwa memiliki bukti audio bahawa pemimpin PAS mengakui menerima wang daripada UMNO. - 
 Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com