Cuti Thaipusam Kekal Cuti Peristiwa Jika BN Terus Tadbir Kedah


ALOR SETAR – Cuti Thaipusam akan terus dikekalkan menjadi cuti peristiwa di Kedah pada setiap tahun sekiranya Barisan Nasonal (BN) terus diberi mandat mentadbir kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan berita gembira itu dalam majlis pelancaran Manifesto BN Kedah untuk PRU14 di Stadium Sultan Abdul Halim, disini, pada Jumaat lalu.

Majlis bertemakan ‘Menerus Kemajuan, Menzahir Impian’ itu disambut meriah dengan kehadiran 'lautan biru' lebih 4,000 penyokong BN dan orang ramai.

Kerajaan negeri terdahulu gagal menjadikan perayaan Thaipusam sebagai cuti umum ekoran telah memenuhi kuota empat cuti perayaan yang telah ditetapkan, namun sejak 2014 hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti peristiwa.

Selain itu, Menteri Besar itu menambah BN turut memberi dana khas bagi menyambut perayaan agama selain akan menawarkan kuota khas Tuisyen Barakah Kedah sebanyak 150 tempat setiap tahun untuk pelajar Cina, India, dan Siam yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan.

“Dana khas bagi menyambut perayaan agama melibatkan ketiga-tiga kaum berkenaan turut akan diberikan selain mewujudkan kelas mempelajari Bahasa Mandarin, Tamil dan Siam bagi menggalakkan proses silang budaya, dan penguasaan bahasa kedua dan ketiga ke arah mengukuhkan lagi kefahaman interaksi antara kaum,” katanya. - Kedahnews.com

#JomBN
#BersamaBN
#DahulukanRakyat
#HebatkanNegaraku
#PRU14 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com