Cikgu Sekolah Pun Jadi Penagih Dadah Jugak! Rosak Anak Murid!


PARIT – Seorang guru sekolah menengah ditahan dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di Taman Changkat Lada Raya, Kampung Gajah, di sini, lewat tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata guru lelaki berumur 45 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.45 tengah malam.

“Pemeriksaan lanjut menemukan sebuah bekas plastik warna ungu di dalamnya berisi tumbuhan kering disyaki dadah kanabis seberat 29.59 gram di atas lantai dalam bilik rumahnya.

“Kami turut menjumpai satu paket plastik berisi tembakau satu ikatan daun rokok diikat gelang getah dan satu gunting disyaki peralatan untuk menghisap dadah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mohamad Zainal berkata suspek yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Kampung Gajah tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja.

Beliau berkata suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 A (1) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.  – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com