Ceramah Pakatan Bohongi Rakyat Kedah Konon Kerajaan Tak Bela Penoreh


Pakatan Harapan Kedah yang diketuai Datuk Seri Mukhriz Mahathir membohongi penduduk Kedah  Kedah kononnya penoreh getah tidak diberi pembelaan langsung oleh kerajaan berikutan kejatuhan harga komoditi itu.

Bekas ADUN PAS, Kupang, Johari Abdullah membandingkan harga getah yang jatuh sehingga RM1.80 sekilo dengan harga ikan kembung yang naik sehigga RM18 sekilo bagi mengaburi mata rakyat terutama golongan penoreh.

Malangya,  Johari yang juga  Naib Pengerusi PAN negeri  tidak pula menyebutkan apabila harga getah naik sekitar RM10 hingga RM14 sekilo. pada masa lalu dalam tempoh setahun dua yang lepas.

Beliau mendakwa tiada kegembiraan pangsung  bagi penoreh getah sepanjang 2013 hingga 2018 semasa BN memerintah semula di negeri ini.

Namun Johari tidak pula memberitahu para penoreh tentang Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM200 sebulan untuk tiga bulan akan diberikan kepada 440,000 pekebun kecil/penoreh getah yang diumum oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2017.

Johari membuat ucapan itu pada program Jelajah Pakatan Harapan di Serdang, Kulim pada 4 April lepas yang dihadiri Mukhriz, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail dan pemimpin DAP Kedah.

Selain bantuan itu penoreh juga menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang kini dinaikkan daripada RM1200 kepada RM2,000 setahun.

Mengikut kajian pada kadar harga getah semasa iaitu RM2.20 sekilogram, ia akan membolehkan pekebun kecil dengan purata milikan tanah seluas dua hektar dan produktiviti getah sekerap 300 kilogram sehektar setahun menikmati pendapatan sebulan RM1,100.

Ini melebih purata paras garis kemiskinan isi rumah negara iaitu RM950 sebulan.


Baru-baru ini juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengagihan dividen RM112.33 juta kepada 33,523 pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di seluruh negara bagi tahun ini.

Beliau berkata, RM39.59 juta daripada jumlah itu diagihkan kepada 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) dan RM72.7 juta lagi diagihkan kepada 17,443 peserta Tanam Semula Komersial (TSK).

“Bayaran dividen ini meningkat sebanyak 5.17% daripada RM106.8 juta pada tahun lepas kepada RM112.3 juta pada tahun ini yang pasti menggembirakan peserta RTBB dan TSK di bawah Risda,” kata beliau.

Walaupun harga getah masih rendah, kenaikan BR1M yang diumumkan Perdana Menteri semasa melancarkan manifesto Barisan Nasional semalam turut mengembirakan  golongan penoreh.

Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin terhadap golongan pekebun kecil yang merupakan tulang belakang dalam sektor komoditi Malaysia dan sentiasa memberikan bantuan dan sokongan demi menjaga kebajikan golongan tersebut.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, pihak kerajaan akan melakukan pelbagai usaha, antaranya menambah baik harga pengaktifan Pengeluaran Getah (IPG), menaikkan lagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dan memperluas lagi Dana Skim Bantuan Tani dan penanaman semula.

Tidak seperti pemimpin pembangkang yang hanya mencari kesalahan dan menabur fitnah, golongan penoreh miskin dan berpendapatan rendah tetap bersyukur dengan nikmat dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat di luar bandar. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com