“Cenderahati Diraja Pun Kau Nak Curi?” - Jual Pada Harga RM60,000


KEHILANGAN 11 cenderahati diraja di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan yang menjadi tanda tanya akhirnya terjawab apabila didapati seorang lelaki berusia 45 tahun didapati telah mencuri dan menjual barang berharga tersebut.

Lapor akhbar tempatan, Ketua Polis negeri, Datuk Seri Rosli Ab. Rahman berkata, pihaknya telah mengesan beberapa suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pencurian cenderahati diraja tersebut setelah menerima laporan kehilangan tersebut 7 mac lalu.

“Hasil siasatan mendapati terdapat beberapa cap jari milik seorang penduduk tempatan dan suspek ditahan sebelum direman bermula 3 April.

“Susulan itu, seorang lagi suspek yang juga kakitangan istana dipercayai terlibat sebagai dalang kejadian ini,” katanya semasa Program Lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sempena peringatan Hari Polis ke-211 di sini semalam.

Siasatan ke atas suspek mendapati bahagian cenderahati yang diperbuat daripada emas telah dijual dengan harga mencecah RM60,000 di sebuah kedai emas di Pekan.

Pihak polis telah membuat rampasan blok emas yang didapati cenderahati diraja itu di kedai emas berkenaan dan masih lagi menyiasat lebih lanjut untuk mengumpul bukti-bukti kukuh bagi mensabitkan suspek dan dalang kejadian ini.

Suspek yang dirahsiakan identitinya mengaku bersalah dan kes tersebut telah disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com