Cebisan Tulang Dipercayai Mangsa Bunuh Ditemui


SEREMBAN - Polis menemui cebisan tulang manusia dipercayai milik lima mangsa pembunuhan yang ditanam di kawasan estet Batu 8 Jalan Sungai Gadut, Senawang, semalam.

Penemuan jam 12 tengah hari itu dibuat selepas pasukan polis membawa beberapa suspek dipercayai ahli kongsi gelap ke lokasi berkenaan dan dipercayai semua mayat ditanam sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan, ia susulan kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri dibantu JSJ Bukit Aman menahan 34 ahli kongsi gelap yang terbabit pelbagai jenayah dalam Ops Khas Hoben 1/2018 pada 29 Mac hingga Isnin lalu.


Setakat ini, polis dengan bantuan unit forensik dan bomba masih menjalankan siasatan serta berusaha mengeluarkan cebisan tulang di lokasi terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com