Cawan Aiskrim Boleh Dimakan Elak Jadi Sampah


JAKARTA – Bayangkan, aiskrim dalam bekas yang anda beli sudah pun habis dimakan dan secara kebetulan sukar pula untuk cari tong sampah di kawasan berhampiran bagi dibuang cawannya.

Justeru sebuah syarikat pemula di Indonesia ada jawapannya – makan sahaja bekas aiskrim itu! Cawan istimewa ini dicipta dalam usaha mengurangkan jumlah sampah plastik di negara terbesar di rantau Asia tenggara itu.

Cawan-cawan yang bersifat mesra alam sekitar keluaran syarikat tempatan Evoware ini dihasilkan hanya dengan menggunakan serbuk berasaskan rumpai laut, memandangkan Indonesia antara pengeluar terbesarnya di dunia.

Negara yang mencatatkan paling ramai umat Islam di dunia itu pada ketika ini menghasilkan 10 juta tan rumpai laut setiap tahun dan berhasrat untuk mengeluarkan lebih 19 juta tan lagi saban tahun menjelang 2020 kelak.


Idea unik berkenaan ujar beliau tercetus setelah pengasas syarikat tersebut, David Christian melihat banyak sampah plastik bersepah dibuang merata-rata di ibu kota Jakarta yang ketika ini dihuni kira-kira 10 juta penduduk itu.

Justeru timbullah idea untuk menghasilkan cawan yang bukan sahaja menyeronokkan malah boleh meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pelbagai cabaran alam sekitar dan usaha pemuliharaan secara berterusan.

Hasil ciptaan unik ini turut menarik perhatian dari luar negara. Tahun lepas, serbuk rumpai laut ciptaan Evoware muncul antara pemenang Cabaran Circular Design yang membawa pulang hadiah bernilai AS$1 juta (RM3.8 juta).

Namun menurut penjual aiskrim, Ong Tek Tjan, harga aiskrim itu ketika ini agak mahal lima kali ganda daripada kon biasa dan berharap ia dapat diturunkan untuk galak pelanggan membelinya. 

Sumber – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com