Calon Pemuda UMNO Kedah Yakin Menangi Hati Pengundi Muda


ALOR SETAR 24 April – Meskipun tiga ahli Pergerakan Pemuda UMNO ini pertama kali dicalonkan, namun mereka menyatakan keyakinan mampu memenangi hati khususnya pengundi muda bagi meraih sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Jerlun, Ahmad Azhar Abdullah, 45, yang terpilih bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh berkata, beliau sudah biasa dengan kawasan itu berikutan menjadi pegawai khas kepada penyandang sebelum ini.

‘‘Selama mengikuti Datuk Abu Hasan Sarif sebagai pegawai beliau selama lima tahun, saya sudah maklum dengan keperluan penduduk di kawasan ini.

‘‘Biarpun begitu, saya tidak akan ambil mudah amanah­ yang diberikan dan saya berikrar akan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dengan mengutamakan rakyat dalam apa jua isu,’’ katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman calon BN Kedah di sini, kelmarin memetik Utusan.

Ahmad Azhar akan bertan­ding di DUN itu bagi menggantikan Abu Hasan yang bakal bertan­ding di DUN Ayer Hitam.

Sementara itu, calon DUN Bayu, Mohd. Noor Mohd. Amin, 45, pula berkata, faktor anak tempatan memberi keyakinan serta sedikit kelebihan kepadanya untuk te­rus membela nasib rakyat.

‘‘Antara fokus utama yang akan diberi keutamaan ialah hal berkaitan ekonomi, pendidikan dan kebajikan di samping memastikan lebih banyak projek berimpak tinggi dibawa masuk untuk manfaat penduduk setempat,’’ jelasnya.

Mohd. Noor berkata, walaupun latar belakangnya datang daripada Pemuda, setiap peringkat masyarakat pasti akan diberi keutamaan dan disentuh dengan penuh keprihatinan dalam semua hal kebajikan selain membawa lebih ba­nyak peluang untuk golongan muda menjana pendapatan.

‘‘Tiga projek pembangunan telah dibawa dalam kawasan Bayu iaitu hospital pakar, masjid daerah dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Baling. Jadi saya harap rakyat akan te­rus memberi mandat kepada BN demi merealisasikan projek berimpak tinggi ini,’’ katanya. - Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com