Cadangan Hukuman Liwat DiMansuhkan Disokong Oleh Pakatan Pembangkang


“Mungkin satu hari nanti Ibu dan anak boleh melakukan seks sesama mereka, Bapa dan anak dan abang dan adik sebagaimana dasar kebebasan dan pluralisme yang dibawa oleh pembangkang dalam negara ini disokong oleh umat Islam atas nama hak kebebasan individu, Mungkin juga ada yang boleh berkahwin tanpa menukar agama, Tinggal serumah tanpa nikah dan melahirkan anak”

Sekarang kita banyak buat kajian tentang saudara kita yang kita anggap telah banyak  terpesong dari perjalanan perjuangan yang asal. Dalam peperangan ideologi yang dibawa oleh PKR dan juga DAP termasuk  Mahathir serta penyokongnya .

Kita sedang berusaha meyedarkan bukan atas dasar politik akan tetapi atas dasar persaudaraan Islam . Persaudaraan yang tidak akan pernah putus dalam saling ingat mengingati diantara satu dengan yang lain.

Walaupun kita tahu  pembangkang  akan terus membohongi  rakyat yang BUTA POLITIK dibawah sana dan akan terus mengeluarkan fatwa-fatwa   untuk mengelapkan lagi minda penyokongnya agar terus menyokong dan bersama dengan mereka dalam menyesatkan umat Islam keseluruhannya atas nama politik.

Disebaliknya pula UMNO dan umat Islam  yang lainnya,  kita akan terus membuka ruang-ruang gelap yang telah ditutup segala ruang cahaya oleh pemimpin mereka yang taksub pada fahaman  liberal dan humanisme.

Samada penyokong yang buta politik  ini mahu menerima atau tidak, sebagai saudara seislam (walaupun PAS tidak beranggapan sedemikian) kita wajib memberikan maklumat  betul untuk menyedarkan mereka ini agar tidak menjual agama atas nama politik.

Agenda Barat yang berpaksikan humanisme mengajak manusia berpaling daripada Tuhan yang mencipta mereka dan mementingkan diri sendiri sebagai manusia.

Kefahaman ini telah menjadi pegangan masyarakat Barat yang akhirnya melahirkan berbagai-bagai isme yang lain seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme dan lain-lain.

Fahaman yang sedang menular ke dalam masyarakat Islam ini menimbulkan ancaman dan menggugat keperibadian dan jatidiri umat Islam. Fahaman ini diserapkan kedalam minda umat Islam dengan mengatakan bahawa Islam itu menyekat kebebasan bertamadun.

Islam Liberal. Pluralisme  dan Humanisme yang kini menular didalam Negara kita Malaysia. Apabila kita menyebut latar belakang pengaruh liberalisme terhadap Muslim, ia berlaku di negara kita adalah hasil daripada falsafah liberal yang wujud di Barat.

Jadi apabila disebut liberalisme, modernisme, sekularisme, ia adalah “ideologi tiga beradik” yang saling berkait dan tidak dapat dipisahkan. Ianya diperkuatkan lagi dengan perlindungan yang dinamakan hak asasi.

Perkara utama yang dipertikaikan ialah ilmu-ilmu turath (warisan Islam) sehingga melibatkan al-Quran. Mereka mengadakan tafsiran al-Quran oleh ulama-ulama yang ditolak oleh ulama-ulama besar pada masa ini.

Kumpulan ini termasuklah  beberapa tokoh di dalam dan yang pulang dari luar negara dan beberapa orang yang sering menggunakan perkataan pencerahan ‘enlightenment.’ Mereka juga marahkan raja dan ulama.

Perkara ini kita dapat lihat telah terjadi di beberapa negeri pembangkang seperti Selangor dan  kejadian seperti ini telah berlaku juga di Perak dimana penentangan terhadap  titah sultan berlaku didalam isu  peralihan kuasa di Perak.

Penentangan ini bukan sahaja dibuat malahan ianya adalah  satu perkara telah termaktup didalam isu penghapusan kuasa raja-raja  yang telah berlaku dibarat – Dan ianya merupakan salah satu agenda yang terancang dan telah termaktub didalam Protokol Of Zion.

Walaupun pengaruh ini tidak sekuat yang berlaku didalam sistem beraja di barat yang mana telah ditumbangkan, akan tetapi di Malaysia mereka menggunakan NGO sebagai  tapak serangan terhadap sistem yang ada  sekarang.

Sedangkan Islam tidak membuat pembahagian sedemikian. Seseorang Muslim itu adalah Muslim seluruhnya daripada iman, amalan dan tingkah lakunya – tiada kompromi atau pembahagian. Ini terbukti apabila pembangkang  telah membuat pembahagian ini berdasarkan  fakta yang saya berikan diatas sekali iaitu  bagaimana Islam liberal mempengaruhi suasana politik , agama dan perhubungan.

Akibat daripada fahaman tersebut banyak perkara yang sedang berlaku di Selangor kini  yang mana boleh dijadikan contoh terbaik.

Arak bukan suatu yang baik untuk manusia. Ia adalah kepala kepada segala kejahatan seperti yang pernah diungkapkan. Tetapi apa yang Barat boleh lakukan untuk mengelakkan rakyatnya dari dicemari dengan najis arak? Kehendak manusia mengatasi segala kebaikan dan maslahah.

Hak asasi manusia ini juga lah yang menjadi garis dasar perjuangan PKR sekarang , dan ianya telah banyak menjurus kepada kecelakaan kepada rakyat yang tidak memahami apakah yang sebenarnya mereka perjuangkan.

Seks dianggap sebagai kehendak manusia yang boleh dipenuhi dengan apa-apa juga cara, juga mengikut kehendak manusia. Ini dapat kita lihat  bagaimana Anwar sendiri  dalam kisah cinta seks nya dan  cadangan untuk memansuhkan  hukum kuno mengenai liwat- Cadangan yang disokong oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah.

Mereka beranggapan semua ini adalah hak-hak manusia yang telah dicabul haknya dalam menikmati segala  kebebasan melakukan apa  sahaja. Begitu juga dengan DAP , golongan ini tidak pernah sama sekali mempertikaikan apa yang sedang berlaku dan menyalahi apa yang dihukumkan.

Berdirinya kedai-kedai ‘adult shop’ di celah-celah deretan kedai lain di Barat diterima oleh masyarakat dengan begitu baik.  Ini telah disebarkan baru-baru ini di Shah Alam dan ianya tidak menjadi kesalahan kononnya kerana ianya tidak lebih dari ’serve’ kehendak sebahagian anggota masyarakat.

Apakah tiada tentangan dalam hal ini oleh pengikut Islam dalam Pakatan?, adakah mereka masih berpegang kepada kesamaratan  Liberal dan pluralism yang  dibawa oleh Anwar Ibrahim untuk dijadikan asas kehidupan baru dalam Negara  ini?

Secara khususnya, bangsa Melayu di Malaysia juga berhadapan dengan ancaman identiti dan jatidiri yang dibawa oleh humanisme dan isme-isme yang lain. Ancaman utama yang dihadapi ialah pemindahan budaya daripada Barat, sekularisme, budaya hedonisme, Islam liberal, pluralisme.

Dalam konteks Malaysia, Islam telah dinyatakan dalam perlembagaan sebagai agama rasmi negara. Dalam satu aspek, ini merupakan perlindungan undang-undang kepada Islam itu sendiri. Bagaimanapun, perlu diingat, proses globalisasi yang sedang rancak berjalan, lambat laun akan mencabar undang-undang setiap negara.

Apabila kubu pertahanan ini tumbang dan bilangan penduduk Islam di Malaysia tidak menjadi majoriti, sudah tentu kedudukan Islam dan bangsa Melayu akan tergugat. Ini lah yang sedang dilakukan oleh PKR PAS terhadap pegangan Islam didalam negara ini.

Sumber – pru14.tv

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com