Cabar Keputusan Ikat Jamin Salman Khan, Bebas Empat Pelakon Bollywood


NEW DELHI - Hanya dua hari menjalani hukuman penjara kerana didapati bersalah melakukan pemburuan haram, Salman Khan dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu rayuan kes berkenaan.

Peguam bintang Bollywood itu, Mahesh Bora berkata, hukuman penjara lima tahun itu ditangguhkan dan aktor itu tidak dibenarkan meninggalkan negara tanpa izin mahkamah.

Bagaimanapun, keputusan mahkamah itu telah menimbulkan kemarahan komuniti Bishnoi dan kini merancang untuk mencabar keputusan mahkamah sesyen itu.

Menurut komuniti itu, keputusan membebaskan aktor berkenaan dengan ikat jamin sesuatu yang mendukacitakan dan ia memberi tamparan hebat kepada usaha mereka untuk membanteras kegiatian pemburuan haram.

Malahan komuniti Bhshnoi juga berikar untuk memastikan bukan sahaja Salman, tetapi keputusan membebaskan empat selebriti sebelum ini juga akan dicabar.

Sebelum ini, mahkamah hanya menjatuhi hukuman lima tahun penjara dan denda terhadap Salman, manakalan tmpat pelakon terkenal lain iaitu Saif Ali Khan, Sonali Bendre, Neelam dan Tabu dibebaskan.

"Keputusan mahkamah sesuatu yang menyedihkan dan kami akan merujuk perunding undang-undang berhubung perkara ini untuk mencabar keputusan mahkamah.

"Kami bukan sahaja mencabar ikan jamin terhadap Salman, tetapi juga memastikan empat pelakon itu dihadapkan ke mahkamah," kata Ran Niwas Budhnagar dari komuniti berkenaan.

Salman, 52 tahun, didapati bersalah atas pertuduhan terlibat aktiviti pemburuan haram sejak tahun 1998 oleh sebuah mahkamah di Rajasthan, pada Khamis.

Salman didapati bersalah melanggar undang-undang hidupan liar negara itu apabila memburu antelop jenis blackbuck, iaitu haiwan yang tergolong dalam kumpulan rusa.

Atas kesalahan memburu dan membunuh spesies terancam itu, aktor itu kini berdepan hukuman lima tahun penjara.

Ini bukan kali pertama Salman berdepan dengan kes undang-undang. Pada 2015, Mahkamah Tinggi Mumbai membatalkan sabitan kes langgar lari yang melibatkan aktor tersebut.

Sumber: TimesofIndia

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com