Boleh Semak Tempat Pengundian Mulai 16 April


SAHIH… Masih belum tahu tempat pengundian, usah bimbang semakan maklumat daftar pemilih untuk pusat dan saluran mengundi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 boleh dibuat mulai 16 April ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, pemilih berdaftar boleh melakukan semakan tersebut menerusi laman sesawang rasmi SPR iaitu www.spr.gov.my bermula tarikh tersebut.

Bakal pengundi yang disahkan mengikut daftar suku keempat 2017 itu juga boleh menyemak dengan menggunakan aplikasi MYSPR SEMAK atau menghubungi talian 03-88927018 atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) 15888.

Selain itu, Mohd. Hashim berkata, daftar pemilih pilihan raya juga akan mula dijual pada tarikh tersebut di semua pejabat SPR negeri di seluruh negara untuk rujukan orang awam khasnya bagi parti-parti politik yang bertanding.

“Sementara itu, tarikh tutup permohonan undi pos dalam negara bagi kategori Borang 1A ialah pada 28 April depan, manakala untuk Borang 1C pula pada 23 April ini,” katanya dalam sidang akhbar khas di Putrajaya semalam.

Beliau menambah, seramai 14,940,624 pemilih layak untuk mengundi dalam PRU ke-14 dengan melibatkan 8,989 premis tempat pengundian yang meliputi 28,995 saluran pengundian dengan kos keseluruhan RM500 juta.

“Jumlah pemilih biasa ialah 14,636,716; pemilih awal (tentera dan pasangan serta polis) 300,255 pemilih dan pengundi tidak hadir luar negara pula sebanyak 3,653 pemilih,” kata Mohd. Hashim. 

Sumber – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com