“Bodoh”, “Makan Dedak” Jadi Darah Daging Tun M


KUALA LUMPUR – Ucapan-ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sarat dengan caci maki dan fitnah sejak bersama pembangkang menimbulkan tanda tanya.

Penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, sikap Mahathir kini setaraf pemimpin pembangkang Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Lim Guan Eng.

Sebagai contoh, Mahathir dalam ucapannya di Pasir Gudang banyak kali menggunakan perkataan bodoh keatas individu yang tidak memihak kepadanya.

Manakala, di Parit Jawa, Batu Pahat Mahathir menggunakan perkataan sumpah seranah penyangak, makan dedak, pekak tuli dan sebagainya.

“Mahathir telah merendahkan martabat negawaran beliau menjadi setaraf Mat Sabu dan Guan Eng

“Paling teruk dikecam Mahathir ialah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Hashim Abdullah dan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS), Puan Surayati Ibrahim yang diseranah dengan istilah “kepala hotak dia”,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Kamarul berkata, beliau faham mengapa Mahathir marah dengan Pengerusi SPR, Ketua Pengarah RoS dan mana-mana media kerana tidak memenuhi keperluannya.

Kata beliau, bagaimanapun menyumpah seranah bukan taraf seorang negarawan selain boleh membahayakan kesihatan Mahathir.

“Sebelum menyumpah seranah, seeloknya dapat disemak dahulu ketepatan kenyataan pihak yang mahu disumpah seranah.

“Takkanlah tak ada sesiapa yang maklumkan kepada Mahathir mengenainya,” kata beliau. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com