BN Terus Martabatkan Wanita - PM


KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi jaminan akan terus memperjuang dan memartabatkan wanita di negara ini ke peringkat lebih tinggi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, pelbagai inisiatif khusus untuk wanita dimasukkan dalam manifesto BN yang akan direalisasikan demi masa hadapan golongan berkenaan.

"Untuk wanita, kita akan tambah dari segi menjadi usahawan, wanita boleh mendapatkan rezeki dan boleh dijadikan sebagai pemimpin.

"Wanita boleh dilindungi, jangan diganggu wanita dan kita akan pastikan martabat wanita akan terus diperjuangkan BN. Terima kasih Wanita BN," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkasnya selepas mengadakan lawatan mengejut pada program pelancaran Ratu Hati Negaraku di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Pada program itu, lebih 5,000 wanita memenuhi Dewan Merdeka bagi mengikuti kupasan inisiatif membabitkan wanita yang terdapat dalam Manifesto BN, dilancarkan Pengerusi BN di Axiata Arena, Bukit Jalil baru-baru ini.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com